31 Disember, 2009

Andainya Nur Ain Bisa Berbicara

Jumaat 31 Januari 1997,
aku selamat dilahirkan menerusi pembedahan setelah lebih 13 jam aku bertarung utk hidup. 7 hari aku di tempatkan di dlm mesin incurbator lantaran kekurangan oksigen. Ibu pula di tempatkan di wat bersebelahan dengan bilikku.
Kesian ibu, lebih 13 jam juga ibu menanggung kesakitan. Lantaran tidak tertahan menanggung sakit ibu mengambil keputusan ke hospital walaupun ketika itu tiada tanda-tanda yg menunjukkan ibu mahu melahirkan.

Setelah diperiksa ibu kemudiannya disuruh masuk ke wat krn dikatakan belum hendak bersalin lagi. Semalaman ibu tidak dapat tidur lantaran menanggung kesakitan. Ibu mengadu kpd Jururawat yg dia tidak dpt tidur. Jururawat bertanya,

"Puan, ada tanda-tanda nak bersalin tak?"

Ibu menjawab, "Tak ada, tapi 2 minit 2 minit dtg sakit."

Jururawat berkata lagi, "Doktor kata tadi, pintu rahim tak buka lagi. Jadi belum nak bersalin lagilah."

Ibu kembali ke katilnya dgn perasaan hampa krn aduannya tidak diberi perhatian oleh Jururawat berkenaan. Esoknya waktu para Doktor dtg melawat pesakit, sambil menangis ibu mengadu kpd Doktor yg dia tidak dpt tidur semalaman krn menanggung sakit. Doktor bertanya,

"Tak bagitau Jururawat ke?"

Ibu menjawab, "Sudah."

Doktor menggelengkan kepalanya lalu memeriksa ibu. Setelah memeriksa kandungan ibu, Doktor mengarahkan Jururawat supaya membawa ibu ke bilik bersalin. Doktor berikhtiar supaya ibu boleh bersalin secara normal tetapi gagal. Akhirnya Doktor mengambil keputusan utk melakukan proses bersalin secara pembedahan krn alat yg diletakkan di perut ibu menunjukkan aku sedang berhadapan dgn masalah.

Jam 10pg ibu dibawa masuk ke dewan pembedahan, maka lahirlah aku yg sudah hampir di ambang maut. Hari ke 4 barulah aku mampu utk menangis dan hari ke 4 itu jugalah pertama kali aku dpt menatap wajah ibu dan menyusu dgn ibu. Syukur Alhamdulillah....
"Ain..Ain..."
Lamunanku dikejutkan oleh suara ibu dari dapur. Aku terus menjawab, "Ya!"
"Ain nak makan tak?" Ibu bertanya.
"Ya." Jawabku.
Selesai makan ibu menyuruh abang membawaku ke ruang tamu. Abg memasang VCD kegemaranku..Do Re Me utk tontonanku. Sememangnya aku adalah peminat setia cerita-cerita P.Ramlee. Aku akan ketawa melihat telatah lucu P.Ramlee dan rakan-rakannya. Apa lagi yg mampu aku lakukan selain menonton dan bermain di dlm rumah. Cuma..bila ada kelapangan barulah aku dibawa keluar rumah utk mengambil angin ptg di padang permainan di hadapan rumahku.
Di padang permainan aku melihat ramai kanak-kanak sedang bermain dgn riangnya. Abg pula sedang bermain bola dgn rakan-rakannya.
Sayu hatiku memandang akan keriangan mereka bermain. Dikala kanak-kanak seusiaku riang ria meneroka alam kanak-kanak mereka, lain pula dgn diriku. Aku masih bergantung dgn bantuan org lain. Aku seperti bayi kecil yg perlu didokong atau diusong ke sana ke mari. Aku ingin sekali bermain bersama-sama mereka, tapi...apalah dayaku. Aku hanya mampu tersenyum dan ketawa melihat kegembiraan mereka. Mujurlah adikku Nur Aisyah sering mengiringi aku maka terlerailah sedikit rasa kesayuanku.

Begitulah rutin harianku. Apabila tiba waktu ke sekolah, ke sekolahlah aku. Apabila tiba waktu utk mendptkan rawatan dan fizio terapi, maka ke hospitallah aku. Tetapi yg paling aku suka ialah kehadiran hari Jumaat krn setiap hari Jumaat aku akan ke MAFEC (Malaysian Armed Forces Equestrian Centre) utk latihan terapi berkuda (hypotherapy).

Kalian nak tahu, kuda tungganganku cantik sekali. Bulunya berwarna coklat dan putih. Namanya Caramel. Aku menunggangnya sejak th 2005. Aku sayangkan Caramel, dia juga memahami keadaanku . Dia tidak akan buat hal kalau aku yg terlebih dahulu menunggangnya, tetapi AWAS...Caramel juga pandai merajuk, dia akan buat hal spt malas bergerak. Aku telah beberapa kali menyertai pertandingan walk Test RDAM malah hingga ke pertandingan RDAM di Nasional Horse Show di Ipoh pada th 2006. Di pertandingan itu aku mendpt tempat ke 6 dari 15 peserta. Caramellah kuda tungganganku.

Aku berterima kasih kpd pihak RDAM MAFEC krn telah memberi perhatian dan peluang serta kegembiraan buat diriku yg kurang upaya ini. Tidak tahu bagaimana harus aku membalas jasa baik mereka semua terhadapku selama ini. Semoga Tuhan merahmati mereka semua, amin...

Aku juga bersyukur dan berterima kasih kpd ibubapaku, abg dan adikku yg senantiasa memberikan perhatian dan kasih sayang yg tidak berbelah bagi buatku. Kepada ayah yg berkorban wang ringgit utk memenuhi segala keperluanku. Juga kpd ibu yg sering berdampingan dgnku siang dan malam. Ibu yg senantiasa mencari dan memberi peluang kpdku utk menjalani hidup gembira. Ibu yg aku tahu tidak pernah berputus asa berusaha utk proses permulihanku agar aku bisa berdikari suatu hari nanti, Insyallah. Benarlah....."Syurga itu di telapak kaki ibu". Justeru itu kawan-kawanku... hormatilah, sayangilah dan berbaktilah kpd ibu. Jgn sesekali biarkan ibu menangis krn perbuatan kita. Jgn lukai hati ibu dan juga ayah.

Ah...Cepat benar masa berlalu, kini usiaku sudah hampir 13th. Harapanku semoga tahun hadapan aku mampu utk berdiri, berjalan, berlari dan bermain seperti kawan-kawan semua. Semoga th hadapan aku bisa ke sekolah tanpa perlu berkerusi roda lagi. Semoga aku bisa berdikari tanpa perlu banyak bergantung pada bantuan orang lain spt sekarang ini.

Namun..kalau itu semua tidak tercapai olehku, aku tetap bersyukur krn aku masih mempunyai byk kasih sayang yg tiada batasnya terutama dari keluargaku. Ya! Kanak-kanak CP ini tidak akan membiarkan diri ini bersedih dlm meniti hari-hari yg mendatang. Aku Redha dgn apa yg telah tersurat utkku. Kesedihan tidak akan membawa aku ke mana-mana. Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

Ops....jauh sgh anganku, aku tersenyum sendiri. Ya! Andainya Nur Ain bisa berbicara... (mungkin inilah antara luahan isihatinya)

- Disember 2009.

25 Disember, 2009

Khabar Terbaharu Nur Ain.

Alhamdulillah..Nur Ain telah selamat menjalani pembedahan kaki kanannya pada Isnin, 21 Disember lepas di PPUKM. Terima kasih kepada semua kakitangan PPUKM yg telah mengendalikan kes Nur Ain ini. Kini Ain sedang berehat di rumah dan menunggu rawatan susulan.

02 Disember, 2009

Aktiviti Walk/Jog/Wheel-A-Thon With The Disabled 2009 (8 Nov).

..Aktiviti berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur...
Kepada, MHI TV3...terutama buat Penerbit Sdra. Ahmad Fedtri Yahya, Pengacara MHI Pn. Abby Fana dan Sdra. Ally serta krew-krew MHI. Di sini Ain Ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana menyiarkan laman blog Ain (ain-kauyangteristimewa.blogspot.com) dlm slot MHI pada Isnin, 30 Nov. lepas. Selepas penyiaran itu kami telah menerima maklumbalas positif dari penonton-penonton MHI menerusi e-mel dan telifon. Terima kasih atas respon anda semua, semoga anda semua diRahmati Allah, amin.

11 November, 2009

Nur Ain....Cahaya Mata Bonda.

Nur Ain ketika berusia 44 hari. Semasa lahir berat Ain cuma 2.2kg shj.

02 November, 2009

Namun Ku Punya Hati.

Senyumku tak seghairah,
gerak gayaku tidak selincah,
mataku tak seayu...
kicau burungpun tak semerdu.
Namunku punya hati,
juga gayaku perasaan,
hidupku yang begini..
kadar waktu diizin Tuhan...
Tidakku pinta lahir ke dunia,
tidakku duga cacat begini..
Bukanku pinta kasih dan manja,
bukanku rayu bantu simpati..
Maafkan wahai teman...
kumenumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan...
sampai masaku pergi jua...

06 September, 2009

27 Ogos, 2009

Kenangan di Sek.Keb.Seri Petaling 1, KL (2005-2007).

Walaupun aku sudah bertukar ke Sek.Keb.Putrajaya Presint 9 (2)namun aku masih mengingati sekolah dan Guru-Guru sekolah yg telah kutinggalkan itu. Bila teringatkan peristiwa pertama kali memasuki sek.keb (PKBP) ianya amat melucukan krn 2 hari berturut2 aku menangis... Nak tau siapa yg memujukku?? Cikgu lelaki..namanya Cikgu Solehan, baik dan soleh orangnya sesuai dgn namanya soleh..Solehan. Terima kasih Cikgu dan terima kasih juga buat semua di sana.

25 Julai, 2009

STC - RDAM ( 8 Julai 2009 )

Kenangan bersama rakan-rakan senasib di Pertandingan RDAM di Selangor Turf Club.
Aku mula menyertai RDAM MAFEC pada Mei 2005 hingga kini. Waktu itu aku berusia 8 tahun. Jurulatihku Uncle Muthu, UncleTajudin dan Uncle Farizal. Mereka turut dibantu oleh abang-abang tentera di MAFEC. Tahun 2005 dan 2006 RDAM MAFEC telah mendapat tenaga sukarela dari Selangor POLO CLUB iaitu aunty Lea Thorpe yang berasal dari Australia. Kini aunty Lea sudah pulang ke negara asalnya dan aku amat merinduinya. Semoga kami dapat bertemu lagi suatu hari nanti.
Terlalu banyak kenangan terindahku bersama RDAM MAFEC. Aku berterima kasih kepada mereka semua yang telah sudi membantuku dalam aktiviti Terapi Berkuda ini. Semoga mereka semua beroleh rahmat dari Yang Maha Esa. Amin....

Laut dan pantai.

Berenang dan bermain pasir juga merupakan terapi yang baik.

21 Jun, 2009

Keindahan Laut Pulau Pangkor.

Hai! Best tau mengelilingi laut sekitar Pulau Pangkor.

18 Jun, 2009

Special rider.

Di pertandingan Walk and Trot RDAM di National Horse Show (Sept.2006) di Ipoh Perak . Ain mendapat tempat ke 6 dari 15 peserta.

Selamat Hari Jadi.

Bestnyaaa...dapat hadiah dari adikku Ecah.

Kau Yang Teristimewa - Nur Ain


Sayalah Nur Ain. Comel tak! Masa ini saya berusia 9 tahun. Tahun 2005 hingga 2007 saya bersekolah di Pendidikan Khas Sek. Keb. Seri Petaling 1. Saya anak ke dua dari tiga adik beradik.