ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
26 Julai, 2010
Terapi Khusus (Hipoterapi) - 23 Julai 2010.
Untuk terapi ini 5 orang diperlukan. Terapi dibuat dgn beberapa posisi di atas kuda iaitu meniarap dan menelentang sambil kuda berjalan serta kuda diarahkan berjalan secara zig-zag utk mendptkan gerakan liuk lentok badan pelatih. Kesemua gerakan-gerakan ini dapat menerapikan badan pelatih seiring dgn gerakan kuda. Terapi ini memang agak sukar untuk dilakukan dan amat meletihkan pelatih dan pembantu tetapi...we happy.