ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
19 Ogos, 2010
Hilang Sudah Senyum Dan Tawanya.
Sudah hampir 3 minggu keadaan kesihatan Ain tidak stabil. Demam, batuk dan selsema baik...kemudian demam, batuk dan selsema semula. Sudah hampir 3 minggu juga Ain sekejap ke sekolah, sekejap tak hadir sekolah. Berat badannya pun sudah menurun, badanpun dah susut krn tak sihat dan tiada selera makan. Ubat-ubatan semuanya belum memberikan kesembuhan. Kita hanya mampu berikhtiar..yg memberi kesembuhan hanya Allah jua. Mudah-mudahan Ain akan kembali sihat dan ceria spt sedia kala, amin... Kesiannya dia...
02 Ogos, 2010
Aktiviti PKKI ke Melaka - 28 Julai 2010.
...Ain pun nak tengok buaya juga....
...Dalam tak berapa sihat kugagahi jua bawa Ain menyertai aktiviti ini tapi terpaksa bawa abang Ain untuk membantuku.
Label:
PKKI Hulu Langat
Langgan:
Catatan
(
Atom
)