30 November, 2010

Latihan Utk Menguatkan Otot Kaki Manggunakan Tilktable (Standing Frame).

Beginilah latihan/fizionya sama spt yg dibuat di hospital. Biasanya fizio ini mengambil masa paling minima satu jam. Minit pertama Nur Ain masih boleh t'senyum TETAPI...msk ke minit 45, muka Ain dah semacam..muka minta di kasihani & akhirnya Ain akan menangis. Dlm situasi ini kami t'paksa keraskan hati walaupun sebenarnya di dlm hati rasa 'kesiannn...'. Disamping membiarkan Ain berdiri..aktiviti sampingan juga akan dibuat iaitu aktiviti utk fizio tangan, penumpuan (mata) & IQ juga.

Kesiannnn Ain!!!

Bagiku...bukan mudah utk melangkah. Penuh keperitan, penuh pengorbanan. Bekalku adalah kekuatan semangat, kemahuan, kesabaran, pengertian dan doa. Semoga segala usaha b'oleh kejayaan & dirahmati ALLAH, aminnn... :- NUR AIN.

24 November, 2010

Hari Keluarga PKKI - 21 Nov. 2010

Wah! Ain main drumlah pulak...Seronok betul Ain bila dapat peluang seperti ini.

04 November, 2010

Aktiviti Terakhir Ain Bersama Pend.Khas SKPP9(2). Lawatan ke Petrosains & Aquaria dgn menaiki bas.

Perut sudah kenyang..apa lagi, Ain bersama rakan-rakannya pun bergambarlah buat tanda kenang2an. Ain jarang sgt berpeluang menyertai aktiviti2 luar yg perlu menaiki bas ni krn keadaannya. Akan tetapi aktiviti kali ini Ain ikut serta almaklumlah th 2011 Ain naik sek.men. Emak pun kena ikut...kalau mak Ain tak ikut maka Ain tak dptlah ikut aktiviti nii. Begitulah keadaannya...Faham2 ajelah!!