30 Julai, 2011

Aktiviti Boling

Menunggu giliran....Sudah lebih 2 tahun Ain tak ikut aktiviti boling sekolah. Hari ini Rabu 27 Julai Ain berkesempatan menyertai aktiviti ini....Ain dibantu mak dan kawan2. Hee..hee..hee..bola byk masuk longkang tapi..ada juga yg lepas jatuhkan pin. Ain gilir2 dgn mak.....

Jalan-jalan di Zoo Negara - 28 Julai 2011

Bersama rakan-rakan PKKI Hulu Langat melawat Zoo Negara. Jam 9pg bertolak dr PKKI dgn bas. Tiba di Zoo Negara jam 9.45pg...ronda2 dan ambil gambar serta tgk 'animal show'...

21 Julai, 2011

Lawatan ke Festival Bunga & Taman Putrajaya - 13 Julai 2011

Ain bersama kawan2, Cgu2, PPM & mak mengunjungi Floria Putrajaya. Seronok dpt tgk banyak bunga2an yg cantik2 beserta juga pameran2 lain. Kami pergi dgn sebuah bas.

17 Julai, 2011

Dalam Suka Ada Duka...Tidak semua orang mempunyai hati nurani

Di sini saya ingin menceritakan salah satu pengalaman saya yg baharu saja terjadi. Mungkin dari cerita ini anda di luar sana bisa memberi tafsiran anda sendiri tentang issu ini. Yang baik jadikan pengajaran dan yg buruk jadikan sempadan. Kisahnya....Sudah dimaklumkan & pihak b'kenaan juga telah mengambil langkah meletakkan 2 kon di laluan OKU itu..namun masih lagi dia meletakkan keretanya di situ menghalangi laluan itu, lebih tidak faham lagi..aku sampai, dia pun sampai...kami sama-sama sampai tapi dia boleh buat dekkk je meletakkan keretanya menghalangi laluan padahal dia dah nampak aku sedang menurunkan kerusi roda dari keretaku. Di panggil dia tak dgr....Akhirnya aku t'paksa meminta bantuan pengawal keselamatan utk membantu aku mengangkat kerusi roda Ain utk melepasi bahagian yg agak tinggi dek krn kemudahan laluan sudah dihalangi kereta dia. Jumaat lepas (waktu nak balik), aku terserempak dgn dia yg sedang meletakkan keretanya menghalangi laluan OKU lalu aku menegurnya dan bertanya pada dia, lama ke parking kat situ..krn keretanya menghalang laluan dan aku bagitau dia yg sekejap lagi aku nak guna laluan itu dgn harapan dia akan mengundurkan sedikit keretanya membuka laluan OKU itu. Malangnya dia jawab, dia sekejap aje...nak hantar barang kat makmal nanti nak keluar balik..lalu dia pun berlalu. Setengah jam berlalu..akupun mengambil Ain tapi kereta dia masih lagi ada di situ menghalang laluan. Tuhan saja yg tahu apa yg kurasakan ketika itu....sedih, marah, kesal....TETAPI aku telah mengambil no.keretanya. Jgn salahkan aku jika aku mengambil tindakan yg sepatutnya...krn ini semua krn sikap dia sendiri yg tidak peka pada persekitaran. Sewaktu melepasi pintu utama pagar, aku memaklumkan situasi itu pada pengawal keselamatan....pengawal keselamatan kata 'susah nak kata, dah bagitau...tapi itulah!!' Orang tuu bukan Cgu krn Cgu-Cgu di sini OK dan aku tiada masalah dgn mereka malah mereka semua termasuk Puan Pengetua pun sentiasa memberikan kerjasama yg sgt baik dgnku.....TERIMA KASIH yg tidak terhingga kuucapkan buat mereka yg b'hati mulia...semoga Allah membalas kebaikan mereka semua dgn melimpahkan rahmat yg tiada batasnya buat mereka..amin. Kepada mereka yg spt DIA di dlm kisah ini..ingatlah! Kehidupan kita ini ibarat roda.

Lawatan ke Theme Park Genting - 11 JUlai 2011

Pagi Isnin itu Ain dtg sekolah macam biasa..berpakaian uniform sekolah. Sampai saja di sekolah....tengok kawan2 Ain b'pakaian t.shirt biru dgn seluar sukan. Rupa2nya pg itu ada aktiviti lawatan ke Genting...Ain terlepas maklumat lawatan krn Jumaat lepas Ain tak hadir sekolah (ada RDA) tapi Alhamdulillah...memang pg tuu rezeki Ain utk turut serta lawatan t'sebut, jadi kami b'tolak ke Genting dgn 3 bas(2 bas dipenuhi dgn murid2 pend.khas dan sebuah bas lagi dipenuhi kumpulan/ahli komuniti penduduk Putrajaya Presint 9).... emak Ain dan 4 orang lagi ibu kawan Ain juga turut menyertai rombungan ini. Kami sampai semula ke Putrajaya jam 9.30 malam. Besoknya Ain tak hadir sekolah kerana kepenatan..heee....