29 April, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke The Mines Resort City, Seri Kembangan - Rabu, 27 April 2011

Terima kasih kepada semua yang turut membantu Ain sepanjang lawatan ini dari pagi hingga ke petang (9pg -5.30ptg). Biarpun trip ini agak memenatkan tetapi kita semua gembira....

Kenangan National Horse Show Di Ipoh Perak Th 2006.

Walk and trot RDAM Competition Sept.2006. Nur Ain mendapat tempat ke 6 dari 15 peserta.

17 April, 2011

Skoliosis

Skoliosis merupakan keadaan tulang belakang yg abnormal. Tulang belakang sepatutnya kelihatan tegak dan lurus. Apabila berlaku kelengkungan/kebengkokan ke bhg sisi samada pada bahagian sagmen servikal, torasik ataupun lumbar spt bentuk C atau S inilah yg dinamakan skoliosis. Skoliosis terbahagi kpd 3 iaitu Skoliosis Idiopatik, Skoliosis Kongenital dan Skoliosis Neouromuscular. (1) SKOLIOSIS IDIOPATIK - kerap ditemui tetapi tidak diketahui puncanya. Ianya terjadi kpd bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa lebih ketara kpd perempuan. Skoliosis Idiopatik ini t'bahagi pula kpd 3 iaitu (i) Infantile (Dikesan sejak dilahirkan hingga b'usia 3th., (ii) Juvenile (Dikesan ketika b'usia 4 ke 10th. dan (iii) Adolescent (Dikesan ketika b'usia antara 10 ke 13th. (2) SKOLIOSIS KONGENITAL - disebabkan kecacatan tulang belakang sejak lahir dan biasanya disedari ketika b'usia 3th ke atas. (3) SKOLIOSIS NEOUROMUSCULAR - bukan disebabkan dpd tulang tetapi kebengkokan tulang belakang krn keadaan otot yg lemah. Keadaan otot yg lemah ini b'punca dpd masalah saraf spt Cerebral Palsy dan trauma fizikal.....Skoliosis inilah yg sedang dihadapi oleh Nur Ain di mana kebengkokan tulang belakangnya b'mula dr Torasik 11 ke lumbar akibat dr kelemahan otot sebelah kanan badannya. RAWATAN SKOLIOSIS :- Terapi yg bersesuaian dgn permasalahan, memakai alat pendakap/ rigit brace utk menyokong tulang belakang dan akhirnya menjalani pembedahan. Mudah-mudahan dgn segala ikhtiar yg kami usahakan utk mengatasi masalah skoliosis Ain akan menemui penyembuhannya dgn izin Allah..lantas Ain tidak perlu sama sekali memakai rigit brace apatah lagi menjalani pembedahan...Cukuplah 3 kali pembedahan yg pernah Ain jalani sebelum ini...amin....

07 April, 2011

Raptai Karnival Balapan dan Padang Pend.Khas Peringkat WP Putrajaya 2011.

Pada Rabu 6 April, ain berkesempatan menyertai raptai karnival ini di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya tetapi Ain tidak berkesempatan menyertai karnival sebenar pada khamis 7 April krn Ain ada fizio terapi dan OT di PKKI Hulu Langat.