23 Disember, 2012

Santai di Majlis Konvo Kak Ena di PICC - 22 Dis.2012

Pada hari Sabtu yang lalu (22 Dis.2012) Ain sekeluarga, Opah, keluarga kak Ena dan acu sekeluarga meluangkan masa ke PICC Putrajaya buat meraikan Majlis konvo kakak sepupu Ain. Nah! Tengoklah gelagat kami....berpossing sakan.. Memandangkan terlalu ramai sangat orang maka Ain hanya lepak di ruang pintu utama PICC dan semua keluarga datang berkumpul bersama Ain.....Dari PICC kami bersantai pula di kawasan jembatan Jalan masuk ke Presint 5/PICC.......Yang ini adik sepupu Ain (Ammar dan Firas-anak acu Ain) dan yang sebelah ni pula ialah opah Ain....Selepas itu..kami semua berkumpul di rumah Ain...makan Pizza, nasi dan minum petang kopi dengan karipap panas....

Marriott Hotel Putrajaya - 12 Dis.2012

Untuk kali ke dua Hotel Marriott Putrajaya menjemput kami untuk majlis charity. Saat menunggu kawan-kawan dari PIKKI dan para jemputan datang....Ain pun lepak-lepak di kawasan pintu masuk dewan.. haaa...ni dia si Badut Tinggi...Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan gesekan biola......jeng jeng jeng...Ain dapat mahkota belon.....siap ada ikan tergantung lagi.

16 Disember, 2012

Penang with Muhd Affiq Syameel - 9 Dis to 11 Dis. 2012

Sudah lama kami merancang nak mengunjungi rumah adik sepupuku Muhd Affiq Syameel di Kepala Batas Pulau Pinang tetapi ada saja aral menghalang...Akhirnya tanggal 9 Disember 2012 kami dapat juga menunaikan hasrat itu...Pelayaran dengan ferry dari tanah besar ke Pulau. Seronok dapat naik ferry...lihatlah gambar permandangan yang sempat dirakamkan...Sebelum jelajah pulau kami singgah sekejap di tempat kerja ayah Ain di cawangan Penang kerana ada sedikit kerja ayah nak buat...Selepas itu kami pun ronda-ronda jelajah Penang...makan di tepi pantai sambil menyaksikan permandangan laut dan persekitarannya...Haaaa...inilah dia adik sepupuku Muhd Affiq Syameel....Seronok tengok gelagat Syameel...Sementara menunggu giliran naik ke ferry utk pulang semula ke tanah besar kami berkesempatan melihat kapal peranginan Star Cruises yang sedang berlabuh di Penang... Sebelah malamnya Syameel sekeluarga membawa Ain sekeluarga ke Restoren Aur Gading Sungai Dua utk menjamu selera makan mee udang....Sedaaappp.... Nah! Tu dia...liciinnnnn....

15 November, 2012

Salam Maal Hijrah

Sesungguhnya...MASA terus berlalu....Dia tidak pernah menunggu kita. Salam Maal Hijrah buat semua pengikut dan pengunjung blog KAU YANG TERISTIMEWA ini,,,,Semoga Allah SWT Merahmati kita dan tetapkan HATI kita di jalan yang benar.....aamiin....

10 November, 2012

Sukaneka Pend.Khas PUTRAJAYA - 8 Nov.2012

Sukaneka ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) yang disertai murid-murid Pendidikan Khas dari Sek.Keb.Putrajaya Presint 9(2), Sek.Keb. Putrajaya Presint 8 (2) Sek.Keb. dan Men. Putrajaya Presint 14, Sek.Men.Putrajaya presint 11 (1) dan sekolah Ain iaitu Sek.Men.Putrajaya Presint 9 (2). Pertandingan di bahagikan kepada dua katagori iaitu hightfuntion dan lowfuntion. Sekolah Ain mendapat tempat kedua dalam kedua-dua katagori...sebelum acara sukaneka diadakan...Ain dan kawan-kawan serta para peserta membuat aktiviti senamrobik...Kawan-kawan Ain dengan gaya masing-masing...Ini pula Acara Berkumpulan Guru dan PPM , membaling belon air...Oleh kerana kumpulan guru dan PPM tak cukup korem jadi mak Ain dipanggil untuk turut serta....Mereka mendapat pingat emas untuk acara ini...