21 Januari, 2012

Botulinum Toxin Injection/Suntikan BOTOX.

Sebagai menjawab pertanyaan beberapa orang pelawat blog ini, maka di sini saya akan menceritakan pengalaman kami berkaitan suntikan BOTOX. Nur Ain pernah beberapa kali (lebih 20 suntikan botox) menerima suntikan BOTOX di kedua-dua belah kakinya (Bhg.peha dan betis). Kali pertama pada Ogos/Sept.2001, di mana masa itu pihak HUKM telah memilih 6 orang pesakitnya untuk projek Suntikan BOTOX dan Nur Ain merupakan pesakit pertama menerima suntikan ini yang diterajui oleh Prof. DR. Ong Lai Choo Pakar Perunding Pediatrik (Neurologi) Fakulti Perubatan HUKM dan turut disertai Pakar dari Bangkok Thailand. ......Kemudian pada awal tahun 2002 Nur Ain telah menerima lagi 12 suntikan botox dalam satu masa yang melibatkan kos keseluruhannya sebanyak RM2,535..(Suntikan pertama kali diberi percuma manakala untuk suntikan kali kedua kami terpaksa membeli sendiri ubat botox yang berharga RM2040 di farmasi HUKM kerana ubat subsidi dari HUKM tidak cukup untuk Ain). Waktu itu suntikan berkenaan belum diberi percuma lagi. Nur Ain juga pernah 2x menerima suntikan BOTOX untuk menangani masalah air liur......... Dari pengalaman Nur Ain selepas menerima suntikan BOTOX, kesihatannya tidak terganggu cuma selepas seminggu, kakinya menjadi lemah/lembut. Ketika ini Fizio terapi regangan dilakukan dengan kerap di unit fizio terapi HUKM dan di rumah. Bagi kes Ain, kesan ubat habis dlm tempoh 3 ke 4 bulan shj..Selepas itu kakinya kembali spt asal (keras). Suntikan ulangan diberi selepas 6 bulan dan untuk suntikan kali ke 3, pihak HUKM mengambil langkah menyimen kaki Ain selepas seminggu suntikan...di mana selang seminggu simen itu dibuka. Ketika itu fizio terapis akan melakukan penelitian keadaan kaki Ain dan oleh kerana kaki Ain masih lemah maka kaki ain disimen semula..Proses simen-buka-simen ini dilakukan sebanyak 3 kali..Apabila kaki Ain sudah tidak lemah lagi maka fizio terapi regangan dan fizio terapi biasa diteruskan seperti biasa......Nur Ain mungkin merupakan salah seorang pesakit yang paling banyak menerima suntikan BOTOX ini. Tidak tahu di mana silapnya...suntikan ini tidak berjaya. Mungkin salah satu sebabnya kerana gangguan akibat penyakit sawan yang terjadi pada Ain setiap 4 ke 5 bulan sekali. Sawan Ain memang teruk dan ianya menjejaskan keadaan fizikal Ain//mungkin ini salah satu punca kegagalan injecion botox Ain..MUNGKIN!!! Akhirnya pada November 2006 Nur Ain terpaksa menjalani proses pembedahan untuk mengelakkan kekejangan pada kaki Ain_____________________________________________________ Itu merupakan pengalaman Nur Ain, mungkin untuk pesakit lain...mungkin lain pula resultnya, jadi....saranan saya pada yg bertanya...tak perlulah rasa dalema, cubalah dahulu.... Berjaya atau gagal, semuanya dengan kehendak Allah SWT. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berikhtiar. Harap yang bertanya puas hati dengan jawapan saya. Terima kasih kerana melawat blog ini. Semoga isi kandung blog ini sedikit sebanyak dapat memberi info pada yang berkenaan dan kepada yang lain....Apa yang berfaedah kita kongsi-kongsikan :)