28 Februari, 2012

Menjamu Selera di Restoran Pak Arab - 25Feb.2012

emmm...sedapnyaaa...
Dah tak sabar nak yum yum yum.....
Kebab!!!
Mat-mat Arab sedang menjamu selera
Ops! Jangan salah sangka ya....botol-botol hijau tu adalah botol air buah-buahan pelbagai rasa.
Restoran Half Moon.Nak rasa makanan Arab, jom datang ke sini....
Restoran ni terletak di Seri Kembangan.... .

Majlis Pertukaran & Penyerahan Panji - Rabu 22Feb.2012

Di majlis pertukaran panji dari Pasukan Pengakap kepada Pasukan Kadet Pertahanan Awam Pendidikan khas (Pertama di Malaysia)

11 Februari, 2012

Hari Keluarga TBS - 5 & 6 Feb.2012

Kali ini kami memilih Pantai Pengkalan Balak Melaka. Bila dah ramai-ramai berkumpul sudah tentu berbagai ragam dan kerenah. Sebelah malam kami menjamu selera dgn hidangan ayam, daging dan ikan bakar yg dibakar sendiri....cicah air asam berulam timun juga makan jagung rebus, emmm sedapnya. Apatah lagi sebelah petang tadi masing-masing mandi manda di laut dan bermain pasir di gigi pantai. Ain juga tidak melepaskan peluang mandi dan buat rawatan dgn menanam badannya dari paras pinggang hingga ke kaki di pasir pantai yg mengandungi garam. Ain suka sgt dgn aktiviti ini...sebelah malam (lepas makan) kami jalan-jalan dan menyusur pantai. Malam itu Ain tidur dgn lenanya, mungkin kepenatan....Kami menyambung menginap di sana semalam lagi dan pulang ke Taman Bukit Serdang (TBS) pada petang 7hb.

Seronok Bercuti - Gelagat Ain

Dah lama tak jalan-jalan (bercuti), seronok sangatlah dia.....apatah lagi bila dapat mandi laut, sampai merah-merah muka...