11 Mac, 2012

Majlis Pelancaran Taman Lestari Hijau - 10 Mac 2012

Nani dan Nisa sedang tekun nak tanam pokok Berangan... Program Penanaman Pokok Buah-Buahan Nadir. Majlis dirasmikan oleh YBHG.Dato' Hj. Khairil Bin Awang (Pengarah Pelajaran Ngri.Wilayah Persekutuan). Bertempat di Blok Pendidikan Khas Integrasi SMKPP 9(2)....
Ada abang Ain terselit diantara kawan-kawan Ain...
Ain bersama rakan-rakan...Nani, Nisa, Fatin, Fairus dan Tasya....
Ain bersama YBHG.Dato' Hj.Khairil dan Datin Hjh.Norliah (Pengetua Sek.)
Ayah dan abang Ain juga turut menanam pokok....Kami tanam Pokok Jentik-Jentik...

07 Mac, 2012

Rakaman Hidroterapi Ais di CVT Shah Alam

Rabu 7 Mac 2012...sekali lagi Ain melalui pengalaman membuat rakaman TV, kalini dengan pihak TV9 pula untuk rancangan barunya iaitu 'Remedi'. Pengacaranya sdra. Mohd Fakhrulradhi iaitu salah seorang dari ahli kumpulan nasyid UNIC. Rakaman bermula dalam jam 12 tengahari dan selesai dalam jam 4.45 petang. Rakaman ini dijangka akan disiarkan dalam bulan Mei nanti.....Sesiapa yang berminat nak tengok macamana rupa terapi ais yang Ain buat, tunggulah penyiaran 'Remedi' nanti, InsyaAllah....Di sini tiada gambar-gambarnya sbb emak dan abang Ain terlibat sama jadi tiada sesiapa dari keluarga Ain mengambil gambarnya...yang ada hanyalah dalam lipatan memori Ain. Akhirnya....Dengan rasa rendah hati, Ain ingin mengingatkana pada semua termasuk diri Ain sendiri....walau apa pun usaha kita dlm merawat penyakit atau permasalahan kesihatan kita, walau sehebat manapun cara rawatan itu namun kesembuhannya adalah tetap dengan izin Allah jua. Kita hanya mampu berusaha dan Allah SWT jua yang menentukan kesudahannya. JANGAN TERLUPA AKAN HAKIKAT ITU.

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya

Sempat bergambar dgn sdra 'Hafiz Hamidun'. Jgn ketinggalan kawan-kawan...dptkan CD 'Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun'. Syahdu sekali....Ain suka sgt...berzikir sambil menuju ke destinasi. Eeee....malunya sayaaa....