25 Jun, 2012

Aktiviti Masak memasak Dan Kadet Pertahan Awam Pend.Khas.

Kawan-kawan bergembira dengan hasil masakan mereka...kuih ondeh-ondeh/buah melaka. Ain tumpang bergambar sekali heee...(Tunduk tu sbb malu....) Alhamdulillah..sekarang Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) sekolah Ain sudah ada bilik khas masak, bengkil kraf dan bilik fotografi di tingkat 3. Setiap hari Selasa dan Khamis kami akan naik ke tingkat 3 selepas waktu rehat. Program kadet Pertahanan awam setiap pagi Rabu. Acara menaikkan bendera dan menyanyikan lagu 'Negaraku', lagu 'Wilayah Persekutuan' dan lagu 'Pertahanan awam'. Seterusnya acara membaca 'Ikrar Pertahanan awam' dan mendengar arahan dari Pegawai Kadet merangkap GPK Pend.Khas.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (20 - 21 Jun 2012)

KAMI GENERASI PENYAYANG...... Bermula Rabu 21 Jun Pendidikan khas sekolah Ain dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia melaksanakan program ini dengan aktiviti perasmian, kemudian disusuli ceramah dari Ustaz Muhammad Fathi dengan tajuk "MENGHORMATI IBUBAPA" dan akhir sekali Ain bersama kawan-kawan, Guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan wakil dari kementerian Kewangan Malaysia menjalankan aktiviti membuat kad-kad ucapan untuk di sampaikan kepada Orang-orang tua penghuni RUMAH SEJAHTERA ORANG-ORANG TUA SERI KEMBANGAN untuk keesokan harinya (21 Jun). Inilah kad-kad ucapan hasil kerjatangan kami semua...cantik tak? Bergambar sebelum bertolak dengan bas Kementerian Kewangan..(Ain tiada di dalam gambar ini kerana Ain sudah sedia menunggu di dalam kereta mak (Untuk aktiviti kali ini Ain tidak menaiki bas...sebab habis aktiviti Ain hendak terus balik rumah dan kebetulan juga bas penuh).Bermulanya sesi bergotong royong...Ain dan kumpulan Ain diberi tugas membersihkan ruang tetamu. Dalam sibuk-sibuk bergotong royong, sempat juga kami buat terapi...Terapinya tidak lama mana, bergambarnya yang lebih..hee..hee...hee... Tak dapat naik bas...bergambar dekat bas pun jadilah...(Waktu untuk pulang rumah). Sebelum itu beberapa orang kawan-kawan Ain membuat persembahan nyanyian dan ala-ala BORIA buat menghiburkan penghuni rumah sejahtera berkenaan. Kemudian kami menyerahkan kad-kad ucapan yang kami buat dan bersalaman dengan mereka. Yang lagi manisnya...ada dua tiga orang penghuni rumah sejahtera itu turut menyanyi dan menari....Selepas menjamu selera, kami pun pulang, kawan-kawan pulang semula ke sekolah manakala Ain terus pulang ke rumah Ain sebab rumah Ain dah tidak berapa jauh dari rumah sejahtera itu.....

23 Jun, 2012

Cinta Masjid - Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (17 Jun 2012

Hari ini Ain sekeluarga meluangkan masa dari jam 12 tgh hingga jam 5 ptg di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk program 'Cinta Masjid'. Kami turut bersama dirakaman rancangan 60 minit Ustaz Don TV-Alhijrah. Ustaz Don membicarakan topik "Israk Mikraj"... Inilah dia Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Biodata Ustaz Don Daniyal.... Nama: Don Daniyal Don Biyajid Tarikh lahir: 14 November 1984 Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang Tinggi: 171 sentimeter Berat: 56 kilogram Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor Status: Bujang (bertunang dengan Husna Zahry Rafie, pelajar perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Bertunang pada 6 Mac 2011). Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir. Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH) Ada juga acara Pertandingan Melukis dan pertandingan 'azan' untuk kanak-kanak...Manakala kaum ibu dan bapa sibuk menyediakan juadah untuk acara malam penutup Karnival Cinta Masjid ini...Semoga majlis ini dirahmati Allah SWT..amin...

20 Jun, 2012

Majlis Anugerah CEMERLANG KURIKULUM kali ke-4 tahun 2012

Jumaat 15 Jun 2012, Ain dan sembilan orang lagi pelajar pendidikan Khas SMKPP 9(2) telah dipilih menerima anugerah cemerlang untuk katagori masing-masing..Kecemerlangan Pencapaian PMR (Muhammad Danial Waiz), Kecemerlangan Pengamalan Nilai Murni (Pathmarajah a/l Mayakrisnan dan Muhammad Aimi Aizat), Kecemerlangan Keterampilan (Jimmy Rahmat), Kecemerlangan Transisi (Azrol Izham dan Muhammad Badrul Amin), Kecemerlangan Bakat (Nurul Inani), Kecemerlangan Penglibatan (Saya, Nur Ain), kecemerlangan Pencapaian Seimbang (Muhammad Firdaus) dan Kecemerlangan Pencapaian Keseluruhan (Siti Nadiah). TERIMA KASIH CIKGU atas perhatian dan penghargaan ini....Gembira dan bersyukur sesangat tetapi ada juga terselit rasa terharu pabila mengetahui akan menerima anugerah ini, kerana sebelum ini Ain tidak pernah mendapat kesempatan menerima apa-apa anugerah walaupun Ain acapkali menyertai pelbagai aktiviti sekolah begitu juga dgn kawan-kawan Ain yang lain. Sesungguhnya KECEMERlANGAN bukan hanya pada skop kecemerlangan di sudut Pelajaran saja tetapi melangkaui skop itu...Hanya yg besar mindanya yang tidak akan menyempitkan skop kecemerlangan itu. TERIMA KASIH sekali lagi diucapkan buat GPK, Guru-Guru dan PPM p.khas sekolah Ain.....Mereka adalah yang cemerlang dan terbaik di mata kami.... Tanpa penerimaan dan peluang yg diberi serta usaha gigih mereka...pastinya Ain dan kawan-kawan tidak akan dapat apa-apa KERANA tidak semua insan itu memandang anak istimewa itu dengan pandangan yg positif..