27 Julai, 2012

Peristiwa - 26 Julai 2012 (6 Ramadhan 1433)

Pada awalnya ain duduk santai saja di meja makan sementara menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tiba-tiba saja suasana jadi sedikit kecuh bila beberapa wartawan MEDIA menarik kerusi roda Ain dan mengarahkan ibu menolak kerusi roda Ain ke hadapan. Ibu yang terkejut terus menolak kerusi roda Ain sambil disusuli wartawan -wartawan berkenaan. Rupa-rupa nya wartawan-wartawan tu nak mengambil gambar Ain bersama TPM. Ain juga yang turut terkejut dengan tindakan spontan wartawan-wartawan tu terkedu dan terkasima dengan flash kamera yang datang bertali arus. Wah! Dah macam artis popular pula rasanya...keh...keh..keh...Alhamdulillah...Pengetua SMKPP 9 dua (Bonda Datin) dan pihak sekolah telah memberi peluang kepada Ain untuk menyerahkan cenderahati dari pihak sekolah buat TPM. Nah! Sepatutnya menurut perancangan Cikgu...masa inilah baru Ain ditemukan dengan TPM. Malangnya kejadian spontan dari wartawan-wartawan berkenaan telah mencacatkan sedikit perancangan..Maaf ya Cikgu, apa yang terjadi tu terlalu cepat dan mengejutkan Ain dan ibu. Mungkin wartawan-wartawan tu dah buat perancangan mendahului perancangan kita krn kami perasan juga mereka sesekejap memandang Ain sehinggalah TPM hampir tiba di ruang kosong tempat kerusi roda Ain ditarik tu...Kepada Bonda Datin dan semua, Ain mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih krn telah memberikan kepercayaan dan peluang buat Ain menyerahkan cenderahati sekolah kepada TPM. Maaf ya kerana gambar-gambar peristiwa ini tidak sempurna sebabnya semasa abang Ain mengambil gambar-gambar ni abang ditolak oleh wartawan-wartawan...terpaksa berasak-asak/berebut-rebut dengan mereka untuk ambil gambar. Selepas menyerahkan cenderahati tu, Ain dapat duit raya dan bag....Inilah wajah orang yang sedekah duit raya buat Ain tetapi Ain terlupa nak tanya beliau datang dari mana. Masa ni Ain terkejut juga..tulah sebab wajah Ain macam tu. Untuk beliau Ain doakan...Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki yang tak putus-putus buat beliau, aamiin......Ini pula gambar grandstand dan bangunan Pendidikan Khas waktu malam......Peristiwa ini bersempena Majlis Perasmian sekolah dan jamuan berbuka puasa warga Pendidik dan ibubapa bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin....

21 Julai, 2012

Latihan Persediaan Untuk Perkemahan - 18 Julai 2012

Sebelum memulakan aktiviti latihan kami berhimpun di padang untuk aktiviti biasa iaitu menaikkan bendera beserta nyanyian, diikuti bacaan doa, ikrar dan mendengar tatlimat dari cikgu vc pegawai bertugas... Selesai sudah aktiviti mencari kayu diikuti aktiviti memasak/membakar ubi kayu dan ubi keledek. Seronoknyaaa...almaklumlah Ain tak pernah buat aktiviti ini. Mata pedih kena asappun tak jadi hal. Masing-masing berusaha membakar ubi masing-masing mengikut kumpulan yang telah diaturkan cikgu....Ehhh....hitamnya (kulit je yang hitam).Inilah ubi kayu dan ubi keledek yang sudah dibakar. Sekarang tinggal menunggu makan time! Tentu sedap kannn...makan hasil masakan sendiri....Ain pun tolong samaaa...tapi tolong tengok, heee...Masing-masing bersantai sambil menunggu nak makan....Latihan terpaksa ditamatkan awal sedikit kerana awan hitam mula berligar di angkasa Putrajaya isyarat menandakan hujan nak turun.....Selesai sudah aktiviti untuk petang ini....

20 Julai, 2012

Hidroterapi Di Kompleks Sukan Air Putrajaya - 17 Julai 2012

Lama sudah Ain tidak menyertai aktiviti hidroterapi ini, seronoknya bukan kepalang tapi malangnya gambar semasa Ain di dalm kolam tiada siapa yang ambil kerana Emak dan abang juga ada dalam kolam...Walaupun dah menggigil-gigil Ain tak kisah....namun akhirnya terpaksa naik juga sebab masa sudah habis, huuuuu....maka muka tak puashati pun terpancarlah!

07 Julai, 2012

Jelajah Floria Putrajaya - 4 Julai 2012

Sedang menunggu MHI TV3 bersiaran. Alhamdulillah...GPK Pendidikan Khas dan kawan sekolah Ain akan diwawancara berikutan kejayaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kami dalam Pertandingan Taman Floria.Inilah taman kami yang telah meraih kemenangan untuk 3 katagori iaitu.....(1) GOLD FLORIA AWARD SECONDARY SCHOOL, (2) FLORIA GARDEN STARLIGHT AWARD SECONDARY SCHOOL dan (3) FLORIA SPECIAL JURY AWARD SECONDARY SCHOOL....TAHNIAH CIKGU-CIKGU DAN KAWAN-KAWAN Ain yang telah bertungkus lumus merialisasikan 'TAMAN Waraqah Qaseh' Program Pendidikan Khas Integrasi SMKPP 9(2).Gambar Ain bersama Helmi Yusuf (Wartawan, Pengacara dan Penerbit MHI TV3). Ain tundukkan muka kerana malu sangat dengan abang Helmi. Sebenarnya ini pertemuan ketiga Ain dengan abang Helmi. Pertama kali bertemu masa abang Helmi buat liputan tentang Ain dan emak di rumah Ain pada Mei tahun 2011. Kemudian jumpa masa majlis walimatul urus uncle Fedtri. Sepatutnya dah tak malulah, tapi.....ITULAH karektor Ain, heeee..... Kawan-kawan, jom kita mulakan aktiviti jelajah Floria....Rugi siapa tak datang mengunjungi Floria Putrajaya....Wahai kawan-kawanku, tahukah kawan-kawan apakah nama serangga ini..?Teringat satu permainan...cengkadak cengkudu macamana Ain tidur? Maka cengkadak cengkudu pun membuat pergerakan dan dikatakan camtulah gaya Ain tidur...Kelakarlah, pandailah pula cengkadak cengkudu tu meneka macamana gaya Ain tidur....keh..keh..keh...Walaupun kami penat menjelajah Floria namun kami tetap ceria. Panas dan hujan ranyai-renyai yang tiba-tiba turun...itu semua tidak menjadi hal untuk kami jalan-jalan sambil mencuci mata dengan bunga-bungaan sekitar Floria...The end of Jelajah Floria Putrajaya - 4 July 2012.....