07 Julai, 2012

Jelajah Floria Putrajaya - 4 Julai 2012

Sedang menunggu MHI TV3 bersiaran. Alhamdulillah...GPK Pendidikan Khas dan kawan sekolah Ain akan diwawancara berikutan kejayaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kami dalam Pertandingan Taman Floria.Inilah taman kami yang telah meraih kemenangan untuk 3 katagori iaitu.....(1) GOLD FLORIA AWARD SECONDARY SCHOOL, (2) FLORIA GARDEN STARLIGHT AWARD SECONDARY SCHOOL dan (3) FLORIA SPECIAL JURY AWARD SECONDARY SCHOOL....TAHNIAH CIKGU-CIKGU DAN KAWAN-KAWAN Ain yang telah bertungkus lumus merialisasikan 'TAMAN Waraqah Qaseh' Program Pendidikan Khas Integrasi SMKPP 9(2).Gambar Ain bersama Helmi Yusuf (Wartawan, Pengacara dan Penerbit MHI TV3). Ain tundukkan muka kerana malu sangat dengan abang Helmi. Sebenarnya ini pertemuan ketiga Ain dengan abang Helmi. Pertama kali bertemu masa abang Helmi buat liputan tentang Ain dan emak di rumah Ain pada Mei tahun 2011. Kemudian jumpa masa majlis walimatul urus uncle Fedtri. Sepatutnya dah tak malulah, tapi.....ITULAH karektor Ain, heeee..... Kawan-kawan, jom kita mulakan aktiviti jelajah Floria....Rugi siapa tak datang mengunjungi Floria Putrajaya....Wahai kawan-kawanku, tahukah kawan-kawan apakah nama serangga ini..?Teringat satu permainan...cengkadak cengkudu macamana Ain tidur? Maka cengkadak cengkudu pun membuat pergerakan dan dikatakan camtulah gaya Ain tidur...Kelakarlah, pandailah pula cengkadak cengkudu tu meneka macamana gaya Ain tidur....keh..keh..keh...Walaupun kami penat menjelajah Floria namun kami tetap ceria. Panas dan hujan ranyai-renyai yang tiba-tiba turun...itu semua tidak menjadi hal untuk kami jalan-jalan sambil mencuci mata dengan bunga-bungaan sekitar Floria...The end of Jelajah Floria Putrajaya - 4 July 2012.....