27 Julai, 2012

Peristiwa - 26 Julai 2012 (6 Ramadhan 1433)

Pada awalnya ain duduk santai saja di meja makan sementara menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tiba-tiba saja suasana jadi sedikit kecuh bila beberapa wartawan MEDIA menarik kerusi roda Ain dan mengarahkan ibu menolak kerusi roda Ain ke hadapan. Ibu yang terkejut terus menolak kerusi roda Ain sambil disusuli wartawan -wartawan berkenaan. Rupa-rupa nya wartawan-wartawan tu nak mengambil gambar Ain bersama TPM. Ain juga yang turut terkejut dengan tindakan spontan wartawan-wartawan tu terkedu dan terkasima dengan flash kamera yang datang bertali arus. Wah! Dah macam artis popular pula rasanya...keh...keh..keh...Alhamdulillah...Pengetua SMKPP 9 dua (Bonda Datin) dan pihak sekolah telah memberi peluang kepada Ain untuk menyerahkan cenderahati dari pihak sekolah buat TPM. Nah! Sepatutnya menurut perancangan Cikgu...masa inilah baru Ain ditemukan dengan TPM. Malangnya kejadian spontan dari wartawan-wartawan berkenaan telah mencacatkan sedikit perancangan..Maaf ya Cikgu, apa yang terjadi tu terlalu cepat dan mengejutkan Ain dan ibu. Mungkin wartawan-wartawan tu dah buat perancangan mendahului perancangan kita krn kami perasan juga mereka sesekejap memandang Ain sehinggalah TPM hampir tiba di ruang kosong tempat kerusi roda Ain ditarik tu...Kepada Bonda Datin dan semua, Ain mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih krn telah memberikan kepercayaan dan peluang buat Ain menyerahkan cenderahati sekolah kepada TPM. Maaf ya kerana gambar-gambar peristiwa ini tidak sempurna sebabnya semasa abang Ain mengambil gambar-gambar ni abang ditolak oleh wartawan-wartawan...terpaksa berasak-asak/berebut-rebut dengan mereka untuk ambil gambar. Selepas menyerahkan cenderahati tu, Ain dapat duit raya dan bag....Inilah wajah orang yang sedekah duit raya buat Ain tetapi Ain terlupa nak tanya beliau datang dari mana. Masa ni Ain terkejut juga..tulah sebab wajah Ain macam tu. Untuk beliau Ain doakan...Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki yang tak putus-putus buat beliau, aamiin......Ini pula gambar grandstand dan bangunan Pendidikan Khas waktu malam......Peristiwa ini bersempena Majlis Perasmian sekolah dan jamuan berbuka puasa warga Pendidik dan ibubapa bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin....