10 Ogos, 2012

Majlis Khatam al-Quran Pend.Khas - 10 Ogos/21 Ramadhan

Seramai 12 orang rakan-rakan Ain yang terlibat dengan khatam Quran ni...Alhamdulillah, rakan-rakan Ain boleh membaca surah-surah walaupun ada yang agak gugup. Selepas bacaan surah selesai, GPK kami memberi ucapan ringkas disusuli acara memberi bunga telur dan duit raya kepada peserta khatam Quran. Akhir majlis kami murid-murid semua diberikan sebekas biskut raya hasil kerja murid yang mengikuti kelas kemahiran vokasional kulinari PPKI SMKPP 9(2)...

Latihan Solat Sunat Aidil Fitri - Di surau SMKPP 9(2)

Hari ini 10 Ogos bersamaan 21 Ramadhan sekali lagi kami menjalani latihan solat sunat Aidil Fitri di bawah tunjuk ajar Ustaz Bakar...Turut hadir GPK cikgu dan PPM kami...Abang Jimey menjadi Imam...