11 September, 2012

Majlis Rumah Terbuka - 9 Sept.2012 / 21 Syawal 1433

Seperti lazimnya, sudah menjadi kebiasaan masyarakat di bandar mengadakan majlis rumah terbuka raya kerana adat kunjung berkunjung raya sesama sanak saudara dan sahabat handai seperti di kampung-kampung jarang sekali berlaku di bandar-bandar. Lantaran kerana itulah masyarakat di bandar mewujudkan majlis rumah terbuka dan perlu pula mengundang tetamu-tetamu datang berkunjung ke rumah dan lazimnya juga tetamu yang tidak diundang pasti tidak akan datang. Kalau kita fikir-fikirkan, hubungan silatulrahim masyarakat di bandar sangat mengecewakan.Tahun ini ayah dan emak Ain turut mengadakan majlis rumah terbuka dan menjemput tetamu-tetamu datang tetapi pastinya ada nama-nama yang tertinggal kerana terlupa. Sedihnya...yang terlupa dijemput itu sudah tentu tidak akan datang berkunjung walaupun mereka tahu kita mengadakan majlis rumah terbuka...Maknanya perkataan 'RUMAH TERBUKA' itu sendiri tidak menepati maksud 'TERBUKA'.... Inilah antara menu di majlis rumah terbuka Ain...antaranya kuih muih (Puteri ayu, cucur badak dan karipap), lauk pauknya pula...Gulai kawah Daging, ayam masak merah, papadom dan sayur acar. Nasinya, nasi beriyani. Pemanis mulut..buah tembikai dan oren, bubur pulut hitam serta kolak ubi kayu atau sesetengah orang memanggilnya ubi kayu sira gula...Ayah pula tidak kurang gembiranya melayan geng-geng suraunya...Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, menu majlis rumah terbuka emak Ain yang sediakan tetapi untuk tahun ini kami tempah.... Ini pula gambar Ain dan emak bersama rakan sekolah emak yang ketemu semula selepas 33 tahun tidak jumpa....Manisnya majlis raya tahun ini walaupun hati ain sedikit hampa kerana kawan-kawan sekolah yang dijemput tiada seorangpun yang datang.....