19 September, 2012

Program Sosialisasi Sambutan Raya Pelajar istimewa Tahun 2012 di Menara KL - 12 Sept.2012

Hari ini Ain dan kawan-kawan diberi kesempatan mengunjungi Menara Kuala Lumpur. Dari sekolah kami menaiki bas yang disewa khas. Sebelum kami di jamu dengan hidangan Raya kami diberi peluang naik ke tingkat atas aras 276 meter untuk menyaksikan permandangan Kuala Lumpur.....Sedikit tentang sejarah Menara KL...Menara Kuala Lumpur mempunyai ketinggian 421 meter dan merupakan menara ke 7 tertinggi di dunia. Terletak di kemuncak Bukit Nanas dan dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Menara Kuala Lumpur ini telah siap pada Mei 1996 dan telah dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1996, oleh YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran. Menara ini juga bertindak sebagai Falak Islam untuk melihat anak bulan yang menandakan permulaan bulan Islam Ramadhan , Syawal dan Zulhijjah...Ini adalah rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar lobi utama dihiasi dengan indah berpakaian kubah kaca yang berkilau seperti berlian gergasi. Kubah ini telah direka dan disusun dalam bentuk satu Muqarnas oleh tukang Iran dari Isfahan. Sungguh menarik...