10 November, 2012

Sukaneka Pend.Khas PUTRAJAYA - 8 Nov.2012

Sukaneka ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) yang disertai murid-murid Pendidikan Khas dari Sek.Keb.Putrajaya Presint 9(2), Sek.Keb. Putrajaya Presint 8 (2) Sek.Keb. dan Men. Putrajaya Presint 14, Sek.Men.Putrajaya presint 11 (1) dan sekolah Ain iaitu Sek.Men.Putrajaya Presint 9 (2). Pertandingan di bahagikan kepada dua katagori iaitu hightfuntion dan lowfuntion. Sekolah Ain mendapat tempat kedua dalam kedua-dua katagori...sebelum acara sukaneka diadakan...Ain dan kawan-kawan serta para peserta membuat aktiviti senamrobik...Kawan-kawan Ain dengan gaya masing-masing...Ini pula Acara Berkumpulan Guru dan PPM , membaling belon air...Oleh kerana kumpulan guru dan PPM tak cukup korem jadi mak Ain dipanggil untuk turut serta....Mereka mendapat pingat emas untuk acara ini...

07 November, 2012

Annual Cherity Luncheon 2012 - Saujana Hotel KL, 4 Nov.2012

Dalam bas untuk ke Saujana Hotel Subang KL buat aktiviti anjuran GAPURNA GRAUP...Kami sudah sampai ke destinasi, dengan susah payahnya abang mendukung Ain turun dari bas..terima kasih abang....Senyum seorang anak istimewa...hee...Yes! Mereka sudah datang...Ain nak belon tapi Ain takut BADUT dan SPIDERMAN...Takutnya saya...Antara menu yang disediakan untuk kami....emmm...yum, yum, yum...Kawan-kawan Ain buat persembahan dan Ain pula sibuk nak mendeko belonnnnn...Sebelum melangkah meninggalkan Majlis, sempatlah ambil gambar exklusif ni...Sorry ya uncle(Dato' Mohamad Salim Fateh Din - Managing Director GAPURNA GROUP) Ain masukkan foto ni di blog ni...Ain suka foto ni. Terima kasih yang tak terhingga Ain sekeluarga ucapkan kepada Dato' dan seluruh warga GAPURNA GROUP kerana sudi membantu dan meraikan kami anak-anak istimewa selama ini. Semoga Allah akan merahmati anda semua...aamiin....

04 November, 2012

Mobiliti Sosial Murid-Murid Pend.Khas ke PETRONAS Twin Towers KLCC - 30 Okt.2012

Sebelum memulakan perjalanan untuk lawatan ke Menara Berkembar PETRONAS. Ain dan kawan-kawan berkumpul di ruang utama sekolah. Masa begini, apa lagi bergambar laa....Dari sekolah kami menaiki bas ke KL. Untuk lawatan kali ini kami menggunakan khidmat dua buah bas. Nah! Bangunan yg kelihatan sayup-sayup nilah destinasi kami. Sedikit info tentang Menara Berkembar PETRONAS...Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum siapnya Taipei 101 pada tahun 2004. Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998. Menara setinggi 451.9 meter dengan 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. . Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Terdapat sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia..Sudah sampai ke destinasi dan sedang menunggu arahan untuk bergerak ke KLCC. Oleh kerana kami sampai awal pagi, jadi kami berkumpul di Taman KLCC yang mempunyai keluasan 17 ekar (69,000 m) dengan lengkap tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak...Tepat jam 12 tgh.kami mula bergerak ke tingkat 41 aras 170 meter iaitu sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42. Pelawat akan dibenarkan melawat jejantas selama 15-20 minit dengan kumpulan tag warna tertentu dan hari ini kumpulan Ain diberi tag warna BIRU...sesuai sangatlah dengan warna baju T kami... Perubahan ketinggian agak memberi kesan pada telinga....rasa berdesing semacam, untuk mengelakkannya kenalah menelan air liur...Dari tingkat 41 kami menaiki lif lagi ke tingkat 83. Di tingkat ini kami tukar lif untuk naik ke tingkat 86 aras 370 meter di mana terletaknya Pelantar pemandangan, Menara 2 Petronas. Perjalanan ke sana mengambil masa 86 saat dari balai berlepas....Manakala tingkat 87 dan tingkat 88 adalah tempat tangki air...Selepas lawatan, kami kembali ke tingkat bawah dan terus menjamu selera di Restoran KFC atas tajaan emak salah seorang kawan sekolah Ain. Habis makan kami ke ruang solat untuk menunaikan solat...Sementara menunggu bas datang mengambil kami....GPK membenarkan kami jalan-jalan di sekitar pusat membeli belah SURIA KLCC mengikut kumpulan masing-masing....Lebih kurang jam 6 petang kami sampai semula ke sekolah...Walaupun waktu di akhir-akhir lawatan kami terganggu kerana ragam Vahida namun...lawatan ini tetap menyeronokkan dan satu pengalaman yang indah....