22 September, 2012

Jamuan di MAFEC - Jumaat, 21 Sept.2012

Alhamdulillah...sudah agak lama kami tidak berkumpul macam ini lantaran kesibukan masing-masing. Mungkin ini adalah aktiviti berkumpul terakhir kami kerana abang-abang MAFEC telah diarahkan untuk naik kapal kesemuanya. Asalnya abang-abang MAFEC kebanyakannya adalah tentera laut yang ditempatkan di MAFEC utk sukan aquestrian dan diamanahkan menjalankan aktiviti sukarelawan di RDA MAFEC. Sedih mendengar perkhabaran ini. Selepas ini tak tahu lagi samada aktiviti RDA MAFEC akan berjalan atau terhenti setakat ini saja. Sudah 7 tahun Ain bersama RDA MAFEC iaitu sejak Mei 2005 hingga kini. Masa itu Ain baru berusia 8 tahun dan kini Ain sudah berusia 15 tahun...Bermula dari Abang-abang MAFEC bujang hingga kini mereka sudah berkeluarga....sedih rasanya nak berpisah dengan mereka semua. Banyak kenangan terindah Ain bersama mereka, Cikgu-Cikgu dan murid-murid Sek.Jln.Batu KL serta juga Kapten Kamal dan uncle Sjn. Tajuddin....Uncle Sjn Tajuddin pun kini sudah bersara, tapi Alhamdulillah hari ini kami semua dapat berkumpul bersama...Byk tunjuk ajar uncle sepanjang aktiviti RDA MAFEC....Di sini Ain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan RDA MAFEC...Segala jasa baik anda semua akan kekal jadi kenangan terindah buat diri Ain. Semoga Allah merahmati anda semua, aamiin....Emmm....sedapnya rendang yang Cikgu bawa nii...makanan lain pun banyak. Ada nasi impit dengan kuah kacang, talam keladi,kuih cucur badak, roti sandwich, bihun goreng, lemang...semuanya menyelerakan tapi sayangnya Ain tak makan sebab biasalah Ain ni kalau ada majlis macam ni tak mau makan kecuali dah lapar sangat...biasanya mak Ain akan tapau bawa balik. Hari ini Ain bawa roti manis inti kacang merah, inti pandan dan inti coklat hasil masakan abang dengan mak Ain.....Selepas selesai makan-makan Ain dan kawan-kawan melawat kuda-kuda yang ada di MAFEC dan sudah pastinya Ain akan menemui Memel(Caramel) Ain. Rindunya dekat Memel...Memel pun tentu rindu dekat Ain dan mak....Caramel kelihatan manja bila mak mengusap-ngusap badannya. Kesian Memel, kakinya sakit...Mudah-mudahan kaki Memel cepat sembuh...Entah bila lagi Ain dapat jumpa Memel lagi, sedihnya....Ain akan merindui Memel..Emak dan Ain tak berapa berani nak dekat dengan kuda ni....sebab dia macam tak selesa bila kami mendekatinya.....

20 September, 2012

Kunjungan ke Majlis Perasmian Home SPA ICETherapy - 15 Sept.2012

Ain menyelusuri jalan yg pernah dilalui semasa menjadi model utk Bio-Quantum Hidroterapi Ais pd Feb.2011 (Kursus HDA di kediaman Pror.NW). Hari ini Ain dtg utk majlis perasmian HOME SPA ICE THERAPY CVT juga sempena Majlis Hari Raya dan Kenduri Kesyukuran...Sudah byk perubahan persekitaran rumah Prof. di luar dan dlm rumah.....Kini, selain CVTHQ di sini kediaman Prof.NW juga telah diabadikan Home SPA ICE Therapy iaitu Rawatan Alternatif Terapi Ais/Hidroterapi Ais sebagai rawatan eksklusif bersama 4 terapi pilihan sebagai pelengkap (Rawatan Urutan Seluruh Badan, Rawatan Kiropraktik, Rawatan Shiatsu dan Rawatan Fizioterapi). Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan rawatan ini, sila layari...http://www.profnorhisham.com.my dan http://profnorhisham.blogspot.com. Anda juga boleh 'LIKE' facebook Colour Vibration Therapy Sdn bhd (HQ). Selagi nyawa masih ada, berikhtiarlah mencari rawatan untuk kesembuhan, InsyaAllah...Inilah wajah Ain yang sudah keletihan.....

19 September, 2012

Program Sosialisasi Sambutan Raya Pelajar istimewa Tahun 2012 di Menara KL - 12 Sept.2012

Hari ini Ain dan kawan-kawan diberi kesempatan mengunjungi Menara Kuala Lumpur. Dari sekolah kami menaiki bas yang disewa khas. Sebelum kami di jamu dengan hidangan Raya kami diberi peluang naik ke tingkat atas aras 276 meter untuk menyaksikan permandangan Kuala Lumpur.....Sedikit tentang sejarah Menara KL...Menara Kuala Lumpur mempunyai ketinggian 421 meter dan merupakan menara ke 7 tertinggi di dunia. Terletak di kemuncak Bukit Nanas dan dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Menara Kuala Lumpur ini telah siap pada Mei 1996 dan telah dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1996, oleh YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran. Menara ini juga bertindak sebagai Falak Islam untuk melihat anak bulan yang menandakan permulaan bulan Islam Ramadhan , Syawal dan Zulhijjah...Ini adalah rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar lobi utama dihiasi dengan indah berpakaian kubah kaca yang berkilau seperti berlian gergasi. Kubah ini telah direka dan disusun dalam bentuk satu Muqarnas oleh tukang Iran dari Isfahan. Sungguh menarik...

Santai Menonton Perlawanan Fusal Pend.Khas

Inilah pasukan Fusal Sekolah Ain. Tahun ni sekolah Ain jadi tuan rumah untuk pertandingan Fusal Pendidikan Khas Putrajaya. Sambil menonton pertandingan fusal sempatlah juga Ain dan kawan-kawan bergambar sakan....Lihatlah gaya-gaya Ain dan kawan-kawan.......Emak Ain pun tumpang sekaki weh!!!Sekolah Ain mendapat tempat ke dua dalam pertandingan ini....

11 September, 2012

Majlis Rumah Terbuka - 9 Sept.2012 / 21 Syawal 1433

Seperti lazimnya, sudah menjadi kebiasaan masyarakat di bandar mengadakan majlis rumah terbuka raya kerana adat kunjung berkunjung raya sesama sanak saudara dan sahabat handai seperti di kampung-kampung jarang sekali berlaku di bandar-bandar. Lantaran kerana itulah masyarakat di bandar mewujudkan majlis rumah terbuka dan perlu pula mengundang tetamu-tetamu datang berkunjung ke rumah dan lazimnya juga tetamu yang tidak diundang pasti tidak akan datang. Kalau kita fikir-fikirkan, hubungan silatulrahim masyarakat di bandar sangat mengecewakan.Tahun ini ayah dan emak Ain turut mengadakan majlis rumah terbuka dan menjemput tetamu-tetamu datang tetapi pastinya ada nama-nama yang tertinggal kerana terlupa. Sedihnya...yang terlupa dijemput itu sudah tentu tidak akan datang berkunjung walaupun mereka tahu kita mengadakan majlis rumah terbuka...Maknanya perkataan 'RUMAH TERBUKA' itu sendiri tidak menepati maksud 'TERBUKA'.... Inilah antara menu di majlis rumah terbuka Ain...antaranya kuih muih (Puteri ayu, cucur badak dan karipap), lauk pauknya pula...Gulai kawah Daging, ayam masak merah, papadom dan sayur acar. Nasinya, nasi beriyani. Pemanis mulut..buah tembikai dan oren, bubur pulut hitam serta kolak ubi kayu atau sesetengah orang memanggilnya ubi kayu sira gula...Ayah pula tidak kurang gembiranya melayan geng-geng suraunya...Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, menu majlis rumah terbuka emak Ain yang sediakan tetapi untuk tahun ini kami tempah.... Ini pula gambar Ain dan emak bersama rakan sekolah emak yang ketemu semula selepas 33 tahun tidak jumpa....Manisnya majlis raya tahun ini walaupun hati ain sedikit hampa kerana kawan-kawan sekolah yang dijemput tiada seorangpun yang datang.....