15 Mac, 2013

Aktiviti RDA MAFEC untuk tahun 2013

...Jumaat, 15 Mac 2013 Ain menghadiri aktiviti hipoterapi yang sudah sekian lama dinanti-nantikan...Tunggu punya tunggu, berbulan-bulan sampai berganti tahun. Terima kasih Cikgu Rosnah kerana masih membenarkan Ain tumpang program RDA PPKI seperti biasa. Terima kasih juga kepada pihak RDA MAFEC......Alhamdulillah, hari ini Ain menunggang Julie kerana Caramel tak sihat, kakinya sakit....Sinonimnya lagi, Ain diberi peluang menunggang Julie lama sikit dari orang lain....seronoknyaaaa. Ain sempat juga melihat Caramel yang berada di kandangnya. Emak Ain sempat membelai-belai Caramel. Ternyata Caramel masih kenal, dia menggesel-geselkan kepalanya ke bahu mak Ain...mungkin Caramel juga rindukan kami sebagaimana kami rindukan dia.....semoga aktiviti ini akan terus berjalan kerana ianya ternyata membantu memperkuatkan otot-otot Ain khasnya tulang belakang Ain...Semoga tujuan utama RDA untuk membantu anak-anak OKU khasnya OKU fizikal tidak dicemari oleh tujuan pertandingan. Pertandingan adalah umpama BONUS tetapi tujuan utama RDA sebagai HIPOTERAPI sewajarnya menjadi keutamaan......