22 Mac, 2013

Hari Terakhir Perkhemahan - Khamis 21 Mac

Bermula dengan Solat Subuh dan tazkirah...disusuli upacara menaikkan bendera dan senam pagi. Kemudian kami minum pagi dengan nasi lemak yang agak pedas sehingga Ain tak mampu nak makan maka pagi ni Ain bersarapan dengan biskut cicah dengan teh panas tapi pun sedap juga.......Hari ini kami buat aktiviti Lawatan ke Ladang Cendawan dengan berjalan kaki tetapi Ain naik kereta sebab perjalanan agak jauh kira-kira 2 kilometer dengan keadaan turun naik bukit yang agak mencabar.....kesian kawan-kawan, berpeluh-peluh mereka.......Bergambar bersama pemilik ladang (BerT.shirt kuning)...Kami diberi peluang memetik cendawan......kemudian kami bergerak pula ke perkampungan orang asli Kemensah.....Perjalanan menuju ke Kampung itu sangat mencabar...berbelok-belok dan berbukit-bukit...ianya benar-benar mencabar kekuatan mental dan fizikal........kami tidak menemui tok batin mahupun orang dewasa kerana waktu itu mereka semua keluar bekerja...Yang kami temui anak-anak yang tidak bersekolah dan sorang dua surirumah. Mereka semua malu-malu.......sekembali ke tapak perkhemahan, kami membuat persediaan untuk majlis penutup perkhemahan. Selesai makan tengahari dan solat Asar....dalam jam 2 petang Bonda Datin iaitu Pengetua SMKPP 9(2) pun sampai disusuli pula Pengerusi ORKID......Aktiviti terakhir kami berkemas-kemas untuk pulang....seronoknya sebab dah tiga hari tak jumpa ayah dan adik Ain......