22 Mac, 2013

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam PPKI SMKPP 9(2)

Untuk julung-julung kalinya Ain menyertai aktiviti perkhemahan yang bermula pada Selasa 19 Mac hingga Khamis 21 Mac di Teratak Angah Kampung Kemensah Ulu Klang (Belakang Zoo Negara). Hampir semua murid terlalu teruja hingga ada antara kawan-kawan Ain yang sudah packeging pakaian mereka seawal hari Jumaat 15 Mac. HARI PERTAMA, 19 Mac...semua sudah terlalu teruja. Sementara menunggu trak JPAM sampai kami sempat bergambar...ada macam-macam gaya...Kami mula bergerak dalam jam 9 pagi.....Beberapa hamper untuk pemenang aktiviti dan hamper untuk diserahkan kepada pihak-pihak tertentu...Perjalanan ke destinasi yang memerlukan sikap berhati-hati kerana jalan agak sempit dan berbelok-belok...malah ada jurang hampir disepanjang jalan....SESI PENDAFTARAN..Selepas mendengar taklimat maka bermulanya aktiviti bergotong royong memasang khemah dan membina gajet. Abang dan mak Ain juga turut sama memasang khemah...Selepas itu tibalah waktu makan tengahariSebelah petang selepas solat Asar dan minum petang kami memulakan sesi riadah.....Sebelah malamnya pula, selepas solat magrib, tazkirah dan solat Isyak...setiap peserta mesti menamakam kumpulan serta melukis poster, logo dan motto kumpulan. Ain di bawah kumpulan satu (Warna Hijau) yang dianggotai 11 orang murid antaranya Asmat, Asyraf, Adila, Haziq, Syafiq.....Nama kumpulan Ain HELANG dan setiap kumpulan mesti memberi penerangan berkaitan poster yang dilukis seperti apa maksud motto kumpulan, apa maksud warna yang digunakan dan lain-lain....Selepas selesai mereka poster, kawan-kawan Ain menyertai aktiviti JATI DIRI KUMPULAN.. Mata mereka ditutup dengan kain dan bergerak secara berkumpulan dalam keadaan tanpa lampu. Setiap kumpulan akan dipandu oleh dua orang pemandu arah..seorang di hadapan dan seorang di belakang. Juru pandu arah hanya boleh menggunakan lampu suluh yg di suluh ke arah bawah sahaja. Ain tidak menyertai aktiviti ini kerana ianya tidak sesuai dan bahaya buat Ain....Seronok tengok gelagat kawan-kawan yang terjerit-jerit. Berminat hendak turut serta tapiii.....tentu sekali tidak diizinkan...