22 Mei, 2013

Mobiliti Sosial - Genting Highlands

..Genting Highlands, hari ini Khamis 9 Mei 2013...Ain datang lagi berkunjung bersama kawan-kawan, Guru-guru, 3 orang PPM dan 4 orang ibu pelajar termasuk emak Ain, Abang Ain juga turut serta. Kami bertolak kira-kira jam 8pagi dengan menaiki bas. Turut menyertai aktiviti ini ialah beberapa orang warga OKU (Berkerusi roda) dari Persatuan OKU Putrajaya. Ini bermakna kami pergi dengan rombongan 2 bas yang disewa khas.....Perjalanan kali ini tidak selancar seperti perjalanan ke Genting sebelum-sebelum ini, kami terpaksa berhenti sebanyak 3 kali. Kali pertama kami berhenti kami masih di dalam kawasan Putrajaya kerana ada kawan Ain nak muntah. Kali ke 2 kami berhenti di stesyen minyak Shell berhampiran Ampang (Tesco) kerana kawan yang sama sakit perutlah pula...Kali ke 3 kami terpaksa berhenti di separuh perjalanan naik ke Genting kerana bas yang kami naiki ada masalah (enjin panas). Kami terpaksa menunggu bas satu lagi yang membawa warga OKU dan beberapa kawan-kawan Ain naik ke atas dan turun semula mengambil kami....masa menunggu kami lebih kurang 1 jam. Setelah sampai di stesyen Genting Skyway, kawan-kawan dan yang lain-lain terpaksa berbaris menunggu giliran naik skyway...manakala Ain, mak dan abang terus saja menaiki skyway menuju ke puncak. Sepanjang perjalanan kami dapat menikmati panorama hutan hijau yang sangat menarik....Kami sangat teruja walaupun ada perasaan takut kerana berada dalam keadaan tergantung-gantung di tempat yang tinggi.......Pabila semua sudah berkumpul di atas kami dibawa oleh petugas khidmat sosial Genting ke tempat jamuan makan tengahari....Selesai makan dan solat Zohor kami pun memulakan aktiviti di Genting Theme Park.....Namun dalam kegembiraan kami..ada berlaku satu kejadian yang menyedihkan dimana salah seorang PPM kami mengalami masalah pening dan pitam sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik Genting dengan perkhimatan ambulan...kesian cikgu......Jam 4.30petang kami berkumpul semula dan bergerak ke stesyen skyway untuk turun pulang. Seperti masa datang, sekali lagi Ain, mak dan abang berlepas turun dahulu. Walaupun Ain mendapat keistimewaan tak perlu berbaris menunggu giliran naik skyway namun ada terselit rasa sedih kerana Ain tak dapat bersama kawan-kawan Ain dan melihat gelagat kawan-kawan naik skyway...cikgu Quzai cerita kawan-kawan riuh rendah dan ada yang takut masa naik skyway tu........Dalam perjalanan turun semuanya sudah kepenatan. Kami singgah di kawasan salah sebuah stesyen minyak di area Hulu Kelang untuk berehat sebentar dan menunaikan solat magrib. Kami tiba di sekolah (Putrajaya) tatkala azan solat Isyak sedang berkumandang. Ain tiba di rumah dalam jam 9.45 malam. Esoknya (Jumaat 10 Mei) kami semua diberi cuti maka dapatlah kami merehatkan diri dan Ain tidur dengan nyenyak senyenyak-nyenyaknya....TERIMA KASIH CIKGU.....Terima kasih semua.....

Tiada ulasan :