18 Jun, 2013

Datuk Bandar rasmi Pusat Menunggang Kuda OKU - UTUSAN/ASWAD YAHYA (14/06/2013)

...KUALA LUMPUR 13 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia menyediakan apa juga kemudahan untuk golongan orang kurang upaya termasuk Pusat Menunggang Kuda Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang terbesar di negara ini, yang dirasmikan pembukaannya hari ini. Pusat Menunggang Kuda OKU yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa itu menyediakan sebanyak 16 ekor kuda termasuk 11 ekor kuda baharu, yang akan dibawa masuk dari Belgium. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kerjasama antara DBKL dengan Pertubuhan Menunggang Kuda Bagi OKU (RDA) berjaya merealisasikan pusat tersebut, yang merupakan cawangan kesembilan di negara ini. "Dengan pembukaan pusat ini pada hari ini dapat memenuhi permintaan daripada beberapa buah sekolah pendidikan khas bagi menjalankan aktiviti menunggang kuda yang menjadi satu terapi pemulihan yang sangat baik kepada golongan OKU," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian pusat itu. Yang turut hadir Pengerusi RDA, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman; Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ekuestrian Malaysia, Datuk Othman Talib dan Jurulatih RDA dari Paralympic United Kingdom, Sue Adam. Ahmad Phesal berkata, semua golongan OKU di negara ini terutama kanak-kanak berhak untuk menjalani terapi atau rawatan khas melalui aktiviti menunggang kuda. "Apabila mereka turun dari kuda setelah menunggang haiwan tersebut, kanak-kanak OKU akan merasa bangga dengan dirinya kerana berjaya menunggang kuda dan haiwan tersebut dikatakan lebih memahami dan menyayangi mereka yang tidak dilahirkan sempurna ini. "Antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi termasuklah strok, serebral palsy, sindrom down, masalah pembelajaran dan lembam," katanya. Dijangka lebih seribu orang OKU terutama kalangan kanak-kanak akan menjalani latihan menunggang kuda di Taman Tasik Titiwangsa yang disediakan secara percuma buat mereka. "Jadi saya berharap ibu bapa membawa anak-anak mereka yang istimewa untuk menikmati kehidupan yang lebih menyeronokkan dengan berinteraksi dengan alam terutama dengan kuda, yang pasti akan menjadi haiwan kesayangan mereka," katanya.

DBKL wujud pusat menunggang kuda OKU - Petikan dari Sinar Harian 14 Jun 2013, Bernama.

13 Jun 2013.....KUALA LUMPUR - Menyedari terapi berkuda mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaktifkan tubuh, fikiran dan merangsang semangat mereka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif membuka Pusat Menunggang Kuda untuk golongan itu. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pusat yang terletak di Unit Rekreasi Berkuda Tasik Titiwangsa itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA) sekali gus menjadikan ia pusat kesembilan seumpanya, di negara ini. "Pembukaan pusat adalah satu usaha penambahbaikan DBKL di Unit Rekreasi DBKL memandangkan terdapat beberapa buah Sekolah Pendidikan Khas yang memohon untuk menjalankan aktiviti berkuda sejak tahun 90-an," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Menunggang Kuda bagi OKU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi RDA Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Persatuan Equestrian Malaysia Datuk Othman Talib, Setiausaha Eksekutif Majlis Ekuin Malaysia Datuk Malek Jeremiah dan Jurulatih RDA Paralimpik United Kingdom Sue Adam. Ahmad Phesal berkata pusat itu akan dilengkapi dengan perkhidmatan lebih sistematik dan terancang merangkumi pemeriksaan kesihatan OKU, fokus pendidikan dan aktiviti fizikal yang selamat dan kemudahan terapi berkuda mengikut teknik dan standard yang ditetapkan RDA. Beliau berkata antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan terapi berkuda itu termasuk strok, serebral palsi, sindrom Down, masalah pembelajaran dan lembam.

14 Jun, 2013

'MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PUSAT MENUNGGANG KUDA RDA DBKL - 13 Jun (4 petang)

...Hari ini Ain berkesempatan menghadirkan diri di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur untuk MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PUSAT MENUNGGANG KUDA BAGI ORANG KELAINAN UPAYA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. Pada awalnya Ain bersama 3 orang rider dirancang akan menunjukkan demo cara mana terapi RDA dijalankan tetapi Ain telah dikeluarkan disaat akhir kerana kuda untuk tunggangan Ain dikatakan buat ragam maka dibimbangi ia tidak dapat dikawal dan akan membahayakan Ain. Untuk itu Ain diminta naik kereta kuda mengiringi VIP.......Selesai acara perasmian 3 orang rider mula menunjukkan demo RDA. Ain hanya dapat memandang mereka di luar arena....sedihnya tak dpt naik kuda...Selepas itu kami bergambar beramai-ramai. Ada ramai wartawan dari pelbagai pihak media berada di majlis ini....semuanya sibuk menjalankan tugas masing-masing.......Kemudian kami menjamu selera seadanya dan sebelum pulang Ain sempat bergambar di tepi tasik. Ain sampai rumah jam 8.15 malam....lewat kerana sangkut dalam jem yang teruk...

07 Jun, 2013

Mandi Ais (Hidroterapi Ais)

Pagi ni Ain buat rawatan mandian ais lagi di rumah....macam biasa mak akan sediakan semua bahan keperluan seperti garam kasar, kapor, sulfer, 7 aroma, aroma FULL MOON Sejuta Wajah, madu dan bahan utama ais batu.....Lepas air didoakan Ain masuk ke dalam kolam mandi special Ain (Kolam mandi biasa tu je, heeee....janji berendam ais). Selepas 10 minit barulah batu ais dimasukkan ke dalam kolam mandi......Masa rawatan mandian ais ialah 30 minit, selepas itu air dibuang dari kolam mandi untuk mandian/bilasan terakhir iaitu dengan air yang dicampur ais batu dan aroma FULL MOON Sejuta Wajah maka selesailah hidroterapi ais Ain untuk hari ni.......inilah wajah ceria Ain selepas mandian ais....badan jadi segar.....ada sesiapa berani nak cuba rawatan ni? Kalau ada, sila ke web berkenaan yang ada di blog ini....