13 Julai, 2013

Aktiviti Terapi Carakerja (OT) di PKKI

..Setiap pagi Khamis Ain akan ke PKKI untuk aktiviti Fizio Terapi dan Terapi Carakerja. Ain di PKKI sejak Ain berusia 7 tahun (2004) hingga kini. Cikgu-cikgu terapi sudah silih berganti tapi Ain juga yang masih di sini. Hari ni Ain nak kongsikan beberapa keping foto Ain bersama cikgu OT Ain iaitu cikgu Asma....comel tak cikgu OT Ain...comel kannn.......Ain tak tahu sampai bila Ain akan berada di sini??? Apa-apapun terima kasih cikgu-cikgu semua kerana tidak pernah jemu mengajar/melatih Ain dengan segala kesabaran dengan gelagat murid-murid istimewa yang berbagai ragam. Ketabahan dan kesabaran Cikgu adalah kekuatan kami. TERIMA KASIH CIKGU...