28 Julai, 2013

Rawatan Di Family Home Spa Ice Therapy

Sudah tiga hari Ain mendapat rawatan di Family Home Spa Ice Therapy bermula dari Isnin 22 Julai 2013 bersamaa 13 Ramadan 1434. Rawatan dilakukan tiga hari dalam seminggu secara berselang seli iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Bermula mandi di kolam renang air bergaram selama 1 jam, kemudian mandi bersihkan diri.....Selepas itu bermulalah sesi urutan seluruh badan yang mengambil masa dalam 2 jam. Setiap kali datang membuat rawatan ain akan didianos oleh Doktor untuk mempastikan tahap kesihatan dan keperluan mengambil produk tertentu......Ini adalah produk yang ain perlu ambil dan beberapa produk yang sememangnya telah Ain guna sejak mula mendapat rawatan di CVT...(NOTA : Ain lahir pada Jumaat 31 Jan 1997 bersamaan 22 Ramadan 1417 iaitu 10 hari terakhir ramadan. Rawatan ini bermula 22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadan 1434...menarik tarikhnya bila di lihat dari tarikh lahir ain.....Subhanallah....mudah2an ada HIKMAHNYA. Alhamdulillah...syukur nikmat. Betapa cantiknya aturan yang ditentukan-NYA)......Besarlah harapan kami semoga usaha/ikhtiar rawatan ini dapat kesan yang positif. Kepada Prof. Emeritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab, Ain sekeluarga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada Ain mendapatkan rawatan ini. Semoga budi baik Prof. dianugerahkan pahala yang berlipat kali ganda apatah lagi ianya bermula sempena bulan mulia Ramadhan... Alhamdulillah syukur nikmat. Terima kasih juga buat aunty Vi dan Doktor Atiqa, yang menjalankan amanah yang diberi Prof dengan sebaiknya. Semoga segala kebaikan diberkati Allah SWT, aamiin. Sesungguhnya, disebalik kesulitan itu pasti ada HIKMAHNYA, In Sya Allah... Kepada sesiapa yang berminat hendak mencuba rawatan ini silalah ke.... Family Home Spa Ice Therapy. No 28 Jalan Tarian 11/2 Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Malaysia 03-55237153 / 017-2128911 atau CVT HQ (03-55120800) https://www.facebook.com/pages/Family-Home-Spa-Ice-Therapy/532088386807334