22 Ogos, 2013

Aidil Fitri 1434H / Ogos 2013

Tahun ini Ain beraya di rumah Atok (ayah ayah) di Batu Gajah, tapi tak seoarang pun teringat nak merakamkan gambar. Macam biasa selepas solat sunat raya kami keluar beraya ke rumah opah saudara iaitu emak saudara ayah di Bota. Kemudian kami menziarah saudara yang sakit. Raya ke dua baru kami beraya ke rumah opah Ain di Kg.Tekah...Di rumah opah sudah menunggu adik-adik dan adik-adik ipar mak serta sepupu sepapat Ain. Aculah yang selalu ingatkan nak ambil gambar kenangan.......Sebelah petang kami beraya ke rumah kakak mak. Kami dijamu bihun sup dan biskut raya dan sempat bergambar.......Kemudian kami beraya pula ke rumah Tok Ri (Adik Opah) di Desa Perwira di Ipoh dan akhir sekali kami beraya ke rumah opah saudara (juga adik opah) di Chemor.....Di rumah Tok Ri kami sempat melihat hasil kerja mak berkaitan catatan Salasilah Keluarga sebelah opah....(.Rujuk...http://nur-bicarahatiku.blogspot.com/). Esoknya (raya ke 3) ain sekeluarga beraya ke rumah bapa saudara mak sebelah nenek (ayah mak)....Sebelah ayah mak mereka berasal dari Sumatera Indonesia (Aceh/Berastaji). Mak merupakan generasi ke 2 di Malaysia (sebelah ayah mak).

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...