30 September, 2013

Kempen Kesedaran Cerebral Palsy (CP) - MyCP

Sabtu 28 Sept.2013...Ain bersama anak-anak Syurga CP dan ibubapa serta para jemputan memeriahkan hari CP Sedunia di GREAT LIFE PHYSIOTHERAPY (CAWANGAN BANGI) - http://www.greatlifephysio.com/.Diikuti Majlis Pelancaran laman web MyCP...http://mycp.org.my.......Masa melepaskan belon gimik pelancaran...

29 September, 2013

Sukan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat - 28 Sept. 2013

Pagi-pagi lagi Ain dah keluar rumah tatkala orang lain menyambung tidur di pagi Sabtu ini. Semua murid kena ada berkumpul di padang Taman Koperasi Cuepacs Cheras tepat jam 8.30 pagi. Seperti biasa Ain akan pergi bersama emak dan abang Ain sebab ayah dan adik Ain ada hal lain....biasalah tu......Nak sampai padang, kena naik tangga....Amacam! Ain dah kuat naik tangga kannnn....(Alhamdulillah, dgn bantuan sedikit dari mak Ain)........Sedang bersiap sedia untuk perarakan kontigen rumah. Kali ini Ain berada dalam rumah kuning....kuning lambang diraja bukan lambang BERSIH yaaa.......Ni dia pingat-pingat dan hadiah yang menjadi rebutan setiap peserta termasuk Ain. Hari ini Ain hanya masuk satu acara sahaja iaitu acara bawa ring letak di kon dan Ain dapat tempat pertama. Tu pingat Ainlah.......Sukan kami habis dalam jam 11.30 pagi dan mungkin ini adalah sukan terakhir Ain bersama PKKI. Habis saja makan nasi lemak yang disediakan oleh chef PKKI...Ain, mak dan abang bergegas pula ke Bangi untuk Sambutan Hari CP Sedunia.....

Mobiliti Sosial ke Beryl's Chocolate Wonderland

...Khamis 26 September 2013, memandangkan kelas terapi carakerja (OT) Ain tiada sebab cikgu OT ada assessment dengan murid lain walaupun sebenarnya pihak pentadbiran PKKI telah mewartakan bahawa kelas untuk program 3 seperti Ain tidak boleh diganggu namun kerana kesilapan pihak tertentu maka kelas Ain telah dibatalkan untuk hari ini dan hari ini cuma ada 45 minit untuk kelas fizio terapi sedangkan jarak dari rumah Ain ke PKKI agak jauh maka hari ini Ain memilih untuk menyertai aktiviti sekolah PPKI melawat ke kilang coklat yang terletak di alamat No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan. Memandangkan Kilang itu tidak jauh dari rumah Ain, jadi Ain pergi terus dari rumah sahaja manakala Guru-guru, PPM dan kawan-kawan Ain bertolak dari sekolah dengan bas sewa khas....Kami berkumpul di kilang Beryl's Chocolate Wonderland dalam jam 11 pagi.......Sebelum memulakan lawatan kami dibawa ke bilik khas untuk melihat slideshow tentang kilang/coklat. Kemudian kami dibawa melawat setiap bahagian pemprosesan membuat coklat tetapi agak kecewa kerana kami hanya dibawa melihat melalui cermin sahaja bagai melihat ikan dalam akuarium...walau bagaimanapun pertugas kilang menerangkan kepada kami setiap langkah proses pembuatan coklat yang berasaskan massa koko, mentega koko, susu tepung dan gula. Malangnya sepanjang lawatan dari satu bahagian ke satu bahagian, kami tidak dibenarkan mengambil gambar apatah lagi video...Fuhh!!!......Inilah antara coklat-coklat yang dihasilkan di kilang ini.....Selesai lawatan kami membeli belah coklat maka dapatlah kami merasa coklat-coklat........Selepas itu, tentulah sesi posing memosing....macam-macam gaya ada........Haaa...inilah coklat yang Ain beli...sedappppp....heeee....

20 September, 2013

Video Perkembangan Positif Selepas 22 X Rawatan Alternatif di Family Home Spa Ice Therapy

 29 Julai 2013.
Alhamdulillah, Nur Ain sudah boleh menolak kerusi rodanya ke hadapan dan ke belakang dengan baik dengan menggunakan kedua-dua belah tangan kerana sebelum rawatan Nur Ain hanya menggunakan sebelah tangan sahaja...biasanya tangan kirinya kerana Nur Ain kidal (left handed).

 5 Sept.2013.
Nur Ain boleh duduk bersila dengan baik/stabil dan berkeyakinan (Tiada takut-takut lagi) walaupun tanpa ada sokongan di belakangnya kerana sebelum ini Nur Ain tidak selesa (tidak stabil) dan rasa takut-takut untuk duduk bersila walaupun ada sokongan di belakangnya. Video ini menunjukkan perubahan yg sangat positif....duduk bersila dengan stabil sekali sambil membuat aktiviti Fizio Carakerja/OT (Abaikan suara latar dalam video ini ya...)

  19 Sept.2013.
Wah! Ain sudah pandai berenang malah dengan pantas lagi. Sebelum ini, Ain tidak pandai berenang seperti di dalam video ini. Nampak dengan jelas Ain menggunakan ke dua-dua belah tangan dan kakinya untuk berenang. Ain benar-benar berkeyakinan untuk berenang malah sudah menjelajah berenang sekeliling kolam renang dan sudah beberapa kali memanjat tangga kolam dengan usaha sendiri tanpa bantuan. Ain benar-benar gembira dengan aktiviti hidroterapi air bergaram ini.

.......Ada lagi beberapa video Ain menunjukkan Ain mampu menaiki tangga untuk naik ke tingkat atas home spa untuk rawatan urutan seluruh badan dan video Ain sedang berjalan, tetapi video berkenaan tidak dapat dititipkan di sini kerana video berada dalam simpanan perawat yang mana akan disiarkan nanti, In Sya Allah...

Sekarang ini kami masih berusaha untuk menangani masalah skoliosis Nur Ain dengn urutan memperbetulkan kedudukan tulang belakang Ain supaya kembali lurus selain melakukan rutin terapi-terapi yang berkaitan masalah skoliosis ini. Semoga Allah membantu dan memperkenankan ikhtiar kami. Sebagai ibu, saya sangat bersyukur di atas segala perubahan positif yang berlaku ke atas diri Nur Ain...Syukur Alhamdulillah.....
Kepada Prof. Emeritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab dan semua staf beliau di CVTHQ dan di Family Home Spa Ice Therapy, saya sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas segala usaha dan budi baik mereka membantu saya bagi menangani masalah Nur Ain. Tanpa rawatan urutan seluruh badan secara percuma sebanyak 3X dalam seminggu itu mungkin saya tidak mampu untuk meneruskan rawatan alternatif ini....kerana kos urutan dan pembelian formula-formula yang diperlukan Nur Ain agak tinggi. Semoga segala kebaikan itu Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala yang besar, aamin....


19 September, 2013

Rawatan Alternatif urutan dan mandi kolam air garam di Home Spa Ice Therapy - VIDEO


...Selepas 22 kali rawatan (18 Sept.2013), Ain sudah pandai dan pantas berenang malah sudah tidak mahu lagi bermain dan berenang di kawasan kedalaman 3 kaki. Ain asyik nak berenang ke kawasan kedalaman 8 kakilah pula....itulah sebab kena panggil sebab mak sedang ambil video ni, namun ain masih berhajat hendak pergi berenang ke kawasan dalam....mak kena stop rakam video ni, sebab mak nak masuk kolam menyertai Ain berenang ke kedalaman kolam 8 kaki tu...Penat juga melayan kehendak Ain ni tapi, demi permata hati istimewa ini...semuanya jadi OK. .....Selain itu, Ain juga sudah mahu berenang jelajah seluruh kolam dan sudah beberapa kali Ain mencuba hendak memanjat tangga kolam renang. Syukur Alhamdulillah...atas perkembangan positif ini....

12 September, 2013

Di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MyCP - 7 September 2013

Julung-julung kalinya Ain, mak dan abang menyertai aktiviti MyCP sempenakan 'Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MyCP' dan 'Perasmian Great Life Physiotherapy Centre, No. 43, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Shah Alam.........Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak CP anda semua dijemput untuk menyertai MyCP dengan membuka laman web ini...www.facebook.com/groups/mycpmalaysia/

Kibar Jalur Gemilang dan jamuan raya PKKI - 6 Sept. 2013

...Ain bersama jalur gemilang.......Sedang menunggu acara menaikkan bendera dan nyanyian lagu kebangsaan......amboi-amboiiii.....bukan main bersemangat lagi cikgu Rahman tu....semangat patriotik tu.......nilah makcik Mariam....chef PKKI