29 September, 2013

Mobiliti Sosial ke Beryl's Chocolate Wonderland

...Khamis 26 September 2013, memandangkan kelas terapi carakerja (OT) Ain tiada sebab cikgu OT ada assessment dengan murid lain walaupun sebenarnya pihak pentadbiran PKKI telah mewartakan bahawa kelas untuk program 3 seperti Ain tidak boleh diganggu namun kerana kesilapan pihak tertentu maka kelas Ain telah dibatalkan untuk hari ini dan hari ini cuma ada 45 minit untuk kelas fizio terapi sedangkan jarak dari rumah Ain ke PKKI agak jauh maka hari ini Ain memilih untuk menyertai aktiviti sekolah PPKI melawat ke kilang coklat yang terletak di alamat No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan. Memandangkan Kilang itu tidak jauh dari rumah Ain, jadi Ain pergi terus dari rumah sahaja manakala Guru-guru, PPM dan kawan-kawan Ain bertolak dari sekolah dengan bas sewa khas....Kami berkumpul di kilang Beryl's Chocolate Wonderland dalam jam 11 pagi.......Sebelum memulakan lawatan kami dibawa ke bilik khas untuk melihat slideshow tentang kilang/coklat. Kemudian kami dibawa melawat setiap bahagian pemprosesan membuat coklat tetapi agak kecewa kerana kami hanya dibawa melihat melalui cermin sahaja bagai melihat ikan dalam akuarium...walau bagaimanapun pertugas kilang menerangkan kepada kami setiap langkah proses pembuatan coklat yang berasaskan massa koko, mentega koko, susu tepung dan gula. Malangnya sepanjang lawatan dari satu bahagian ke satu bahagian, kami tidak dibenarkan mengambil gambar apatah lagi video...Fuhh!!!......Inilah antara coklat-coklat yang dihasilkan di kilang ini.....Selesai lawatan kami membeli belah coklat maka dapatlah kami merasa coklat-coklat........Selepas itu, tentulah sesi posing memosing....macam-macam gaya ada........Haaa...inilah coklat yang Ain beli...sedappppp....heeee....