19 September, 2013

Rawatan Alternatif urutan dan mandi kolam air garam di Home Spa Ice Therapy - VIDEO


...Selepas 22 kali rawatan (18 Sept.2013), Ain sudah pandai dan pantas berenang malah sudah tidak mahu lagi bermain dan berenang di kawasan kedalaman 3 kaki. Ain asyik nak berenang ke kawasan kedalaman 8 kakilah pula....itulah sebab kena panggil sebab mak sedang ambil video ni, namun ain masih berhajat hendak pergi berenang ke kawasan dalam....mak kena stop rakam video ni, sebab mak nak masuk kolam menyertai Ain berenang ke kedalaman kolam 8 kaki tu...Penat juga melayan kehendak Ain ni tapi, demi permata hati istimewa ini...semuanya jadi OK. .....Selain itu, Ain juga sudah mahu berenang jelajah seluruh kolam dan sudah beberapa kali Ain mencuba hendak memanjat tangga kolam renang. Syukur Alhamdulillah...atas perkembangan positif ini....