29 September, 2013

Sukan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat - 28 Sept. 2013

Pagi-pagi lagi Ain dah keluar rumah tatkala orang lain menyambung tidur di pagi Sabtu ini. Semua murid kena ada berkumpul di padang Taman Koperasi Cuepacs Cheras tepat jam 8.30 pagi. Seperti biasa Ain akan pergi bersama emak dan abang Ain sebab ayah dan adik Ain ada hal lain....biasalah tu......Nak sampai padang, kena naik tangga....Amacam! Ain dah kuat naik tangga kannnn....(Alhamdulillah, dgn bantuan sedikit dari mak Ain)........Sedang bersiap sedia untuk perarakan kontigen rumah. Kali ini Ain berada dalam rumah kuning....kuning lambang diraja bukan lambang BERSIH yaaa.......Ni dia pingat-pingat dan hadiah yang menjadi rebutan setiap peserta termasuk Ain. Hari ini Ain hanya masuk satu acara sahaja iaitu acara bawa ring letak di kon dan Ain dapat tempat pertama. Tu pingat Ainlah.......Sukan kami habis dalam jam 11.30 pagi dan mungkin ini adalah sukan terakhir Ain bersama PKKI. Habis saja makan nasi lemak yang disediakan oleh chef PKKI...Ain, mak dan abang bergegas pula ke Bangi untuk Sambutan Hari CP Sedunia.....

Tiada ulasan :