06 November, 2013

Hidroterapi air Garam....Rawatan Alternatif

6 November 2013, Ain melakukan hidroterapi air garam lagi di kolam renang Family Home Spa Ice Therapy. Kali ini Ain menggunakan pelampong di lengan sahaja. kalau dahulu Ain tidak berani untuk menggunakan pelampong jenis ini sebab Ain tidak boleh lama mengangkat kepala untuk mengelakkan air dari masuk ke mulut, tetapi kini Ain sudah mampu dan berani menggunakan pelampong jenis berkenaan malah Ain boleh menjelajah seluruh kolam renang ini...Alhamdulillah. Kalaulah kawan-kawan senasib bisa membuat rawatan di sini, mungkin kawan-kawan akan melalui satu pengalaman yang berbeza dengan rawatan alternatif di tempat lain. Walaupun kos rawatan agak besar namun hasilnya cukup positif dengan syarat kita melakukan rawatan secara konsisten bersama keyakinan untuk sembuh/pulih...Insya Allah dengan izin-NYA jua, aamiin...