23 Disember, 2013

Kenangan Terindah Bersama RDA MAFEC

...Tahun 2005...kali pertama riding dan kali pertama masuk compotition...ketika ini Ain berusia 8 tahun......Inilah kenangan terindah Ain bersama RDA MAFEC dan kawan-kawan dari Sekolah Jalan Batu. Kini semuanya tinggal kenangan dan Ain bukan siapa-siapa lagi...Ain sekadar special rider yang kini berada di dalam dunianya yang berbeza...Ain rindu Memel Ain, poni yang sentiasa setia bersama Ain.......wajah ain yang sekarang. Ada gaya artis popular tak??? hahaha....perasantan weh!!!

Jemputan ke program Sehari Mengenali Kuda Bersama MyCP

Tanggal 21 Disember Ain bersama mak menyertai MyCP menghadirkan diri ke aktiviti Pelajar-pelajar UPM sebagaimana tercatat di foto ini.......Bermula jam 8 pagi kami mendaftarkan diri, diikuti ucapan alu-aluan pengerusi majlis, doa dan acara perasmian.......selepas jamuan sarapan pagi, kami dibawa melawat sekitar ekuin dan kami diberi kesempatan menunggang kuda dengan bantuan dan pengawasan pelajar-pelajar......Jam 1 tengahari kami rehat dan makan tengahari. Selepas solat zohor, jam 2.30 petang kami masuk semula ke bilik penerangan untuk mendengar beberapa topik penerangan berkaitan MyCP dan klinik kuda.......kemudian kami di bawa keluar untuk melihat pratikal berkaitan pengendalian kuda oleh pelajar......bergambar kenangan selepas majlis perasmian...TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT....

15 Disember, 2013

Ceritaku Bagaikan warna warni Pelangi.....

...  Nur Ain Binti Abdul Malik dilahirkan pada hari Jumaat 31 Januari 1997 bersamaan 22 Ramadhan 1417 jam 11.13 pagi secara pembedahan kecemasan (delivered emergency) kerana Ain di kesan sedang berhadapan dengan komplikasi lemas (kurang oksigen). Walaupun ianya adalah sesuatu yang sudah ditakdirkan namun ianya masih ada kaitan yang berpunca dari kecuaian dan tiada rasa keperihatinan seorang Jururawat dan Doktor yang bertugas pada jam 9 malam iaitu hari ibu Ain masuk ke wad bersalin hospital berkenaan. Semasa itu usia kandungan sudah 37 minggu dan ibu mengalami sakit tanpa ada tanda -tanda hendak bersalin sejak petang Khamis 30 januari. Berat Ain ketika dilahirkan ialah 2.2kg.  Selepas di keluarkan Ain terus di tempatkan di dalam inkubator dan berada di dalamnya selama 7 hari sahaja. Semasa dibawa pulang Ain dibekalkan ubat tidur dan ubat sawan kerana Ain turut mengalami sawan semasa di dalam inkubator .  Ain terus menerima rawatan susulan Klinik Doktor Pakar Kanak-kanak di hospital di mana dia dilahirkan. Malangnya sepanjang rawatan di situ selama setahun Ain tidak pernah dilihat dan dirawat oleh Doktor pakar walaupun sekali. Ain hanya dilihat oleh Doktor biasa dan tiada apa-apa tindakan dibuat walaupun perkembangan Ain terlalu perlahan jika dibandingkan dengan bayi-bayi lain. Lantaran tidak berpuas hati dengan rawatan di hospital itu maka Ain ditukarkan ke hospital lain.....  Rawatan pertama Ain di hospital lain ialah pada 12 Mei 1998 dan Ain di diagnos sebagai Cerebral Palsy (CP)-Spastic Quadriplegia. Di hospital inilah Ain mula dirujukan ke beberapa bahagian iaitu Klinik mata, telinga dan dirujuk juga ke fizio terapi dan terapi carakerja. Rawatan susulan dibuat setiap 3 ke 4 bulan sekali.  Ketika Ain berusia 1 tahun 5 bulan Ain mendapat sawan akibat demam yang bersuhu tinggi. Oleh sebab itu semasa rawatan yang ke 2 pada 11 Ogos 1998 Doktor Pakar telah memulakan Ain makan ubat sawan yang bernama Epilim Syrup (Sodium Valproate 300 ml) dengan dos sebanyak 1.5 ml 2x sehari.  Ketika itu Ain mendapat sawan selang 4 ke 5 bulan sekali dan setiap kali mendapat sawan Ain akan masuk wad kerana Ain mengalami sawan yang agak teruk dengan mengambil masa 1 hingga 1 jam setengah (Dalam keadaan berulang-ulang/berepisod)  Pada tahun 1999 Ain dirujuk pula ke Klinik Orthopadik kerana masalah otot yang ketat akibat kesan sawan. Pada tahun 1999 itu juga Ain menjalani satu pembedahan kecil di bahagian belakang kedua-dua tumitnya kerana tumit tidak dapat memijak lantai (Berjengkit) dan amat sukar untuk memakainya kasut.  Akibat sawan dan masalah otot yang ketat maka pada 3 julai 2003 Ain telah menerima suntikan BOTOX di bahagian kedua-dua betis dan peha untuk tujuan melembutkannya bagi tujuan memudahkan fizio terapi regangan agar kaki boleh lurus. Ain telah menerima suntikan BOTOX lebih 20 kali dari tahun 2003, 2004 dan 2005. Malangnya kesemua injection itu tidak mendatangkan kesan yang positif buat Ain.......Ain juga telah menghabiskan banyak masanya dengan pelbagai terapi di hospital, di PKKI Hulu Langat, terapi di rumah dan semasa melancung/bercuti, namun keadaan fizikal Ain kembali lemah dan bermasalah setiap kali selepas mendapat sawan....  Akhirnya pada 22 November 2006 Ain telah menjalani pembedahan yang agak besar iaitu di bahagian kelengkang (Untuk mengelakkan kaki bersilang), bahagian bawah lutut (Untuk meluruskan kaki) dan bahagian kaki kiri (Untuk mengatasi masalah kaki menyenget).  Di samping masalah otot yang ketat, Ain juga mengalami kesihatan yang sering terganggu. Ain mudah mendapat demam, batuk dan selsema. Kesihatan Ain memang tidak memuaskan di mana antibaodinya tidak kuat, Oleh sebab itu, apa saja rawatan yang dicadangkan oleh kenalan dan rakan-rakan maka Ain akan dibawa mencuba. Disuruh berendam air panas …maka diusahakan hingga sampai ke Poring Hot spring Kota Kinabalu Sabah  Akhirnya pada tahun 2008 atas cadangan dari Jurupulih Fizio Terapi di mana tempat Ain menjalani aktiviti Fizio Terapi dan Terapi Carakerja, Ain dibawa mencuba rawatan Alternatif Hidtroterapi Ais di Colour Vibration Therapy di shah Alam. Ain membuat rawatan secara berpakej mandian ais 7X dan disusuli rawatan mandian ais sebulan sekali selama 4 bulan berturut-turut.  Alhamdulillah, selepas membuat rawatan ini kesihatan Ain tambah membaik dan semasa menjalani rawatan awal, Ain hanya mendapat sawan hanya sekali itupun hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit dan hingga kini Ain sudah 5 tahun pulih dari penyakit sawan malah Ain juga sudah berhenti makan ubat sawan yang dos terakhirnya sebanyak 6ml 2x sehari .  Oleh kerana masalah kewangan, maka rawatan alternatif ini tidak dilakukan secara sempurna sama ada mandian ais mahupun pengambilan formula-formula yang diperlukan Ain. Rawatan hanya dibuat di rumah sahaja....  Akibat kesan sawan yang teruk sebelum pulih, Ain telah sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan kaki kanan pula pada 2 Disember 2009 untuk membetulkan kaki dari senget bagi mengelakkan kakinya melecet setiap kali membuat latihan berjalan menggunakan alat bantu berjalan.  Selain itu Ain juga berhadapan dengan masalah scoliosis berbentuk S lalu dirujuk ke Klinik Spine/Skoliosis. Oleh sebab kebengkokan tulang belakang Ain sudah melebihi 55 darjah maka Doktor Spine telah menyarankan Ain menjalani pembedahan tulang belakang untuk memasukkan besi bagi menahan kebengkokan berterusan. Justeru kerana itu, kes skoliosis Ain kami rujuk dengan beberapa pusat terapi luar dan meminta pandangan dari Doktor Peadiatrik sendiri. Akhirnya kami mengambil keputusan tidak melakukan pembedahan berkenaan dan kes Ain mula dirujukkan semula ke Colour Vibration Therapy. Atas nasihat Pof. Emeritus Dato' Seri Dr. Norhisham wahab maka bermulalah rawatan alternatif Ain di Family Home Spa Ice Therapy pada 22 julai 2013 bersamaan 13 Ramadhan 1434 sebanyak 3 kali seminggu. Selepas 54 kali rawatan...Ain didapati bertambah sihat dan beberapa kesan positif telah dapat kami lihat, Alhamdulillah....Sehingga kini Ain masih meneruskan rawatan seminggu sekali di Family Home Spa Ice Therapy. Besarlah harapan kami semoga keadaan Ain bertambah baik...kepada Allah SWT kami berserah setelah segala usaha kami ikhtiarkan, ameen....Sesungguhnya tiada penyakit yang tiada obatnya KECUALI TUA dan MATI..... Di sini Ain titipkan satu video pendek selepas 50 kali rawatan.....Lihatlah cara Ain duduk sambil menyiram badan...waktu ini hari hujan renyai jadi Ain duduk santai di tepi kolam....

Kenduri Saudara di Taiping dan Sentul

Pada tanggal Sabtu 30 November, Ain sekeluarga, opah, pak Su dan Syameel berkunjung ke Taiping Perak buat meraikan majlis perkahwinan anak kepada sepupu mak Ain...Selepas itu kami bergerak masuk ke bandar Taiping untuk menziarah ibu mertua Pak Su yang sedang ditahan di wat Hospital taiping kerana demam dan masalah pernafasan (lelah)......Manakala pada Sabtu 14 Dis.2013, Ain bersama ayah, mak, abang, atok dan 2 sepupu ke majlis perkahwinan saudara sebelah ayah Ain pula di sentul Kuala Lumpur.......Selesai bersantap kami bersantai sambil mengambil gambar di sekitar Rumah Datin Halijah yang sangat cantik dekorasinya.......waktu balik abang dan dua sepupu Ain di turunkan di stesyen keretapi LRT Sentul kerana abang nak bawa 2 sepupu naik LRT manakala Ain, ayah, mak dan atok meneruskan perjalanan pulang dan singgah sekejap menunggu mereka di Stesyen LRT Bukit Jalil....