31 Januari, 2013

Dapat Cenderahati dari MPH dan pihak NGO

Ku pegang erat cenderahati untukku....Ain dapat bag sekolah, kotak pensil lengkap dan dapat baju.......Nah! Baju ni sesuai sangat dengan Ain.....heee....Terima kasih pada yg memberi....

21 Januari, 2013

Di kelas Kulinari

Alhamdulillah...tahun ni Ain di masukkan dalam senarai murid kelas kulinari. Ain suka sangat menerokai aktiviti baru ini meskipun keupayaan Ain amat terbatas....bila dapat memotong sayur utk inti popiah goreng, seronok sungguh rasanya....ada mak membantu Ain. dapat pula peluang lap meja, memang Ain suka...di rumah Ain tolong mak pukul bahan untuk masak kek guna mixer tangan. Mak bantu untuk keselamatan dan kebersihan....Sukanyaaa....Proses mengadun inti popiah dan proses menggoreng...semua dibawah pemantauan Cikgu dan PPM...Proses packaging popiah dan sos. AWAS! Cikgu sedang memerhati tu...Kelihatan, Helmi sedang menggoreng popiah, Asyraf sedang packaging popiah dan Asilah packaging sos...Ain jadi pemerhati heee....Ini dia..POPIAH GORENG kami...emmm sedapnyaaa....Tugas terakhir...mestilah membasuh semua peralatan dan membersihkan kelas....Ops! Hampir terlupa...beberapa orang kawan Ain akan membawa popiah-popiah goreng tadi utk dijual kpd guru-guru dan staff-staff sekolah Ain. Manakala setiap hari Rabu kawan-kawan kelas Kulinari bersama cikgu serta PPM buka gerai jualan di Dataran. Hasil jualan itu dimasukkan ke tabung kulinari kami buat pusingan modal. Mohon doakan kejayaan projek kulinari kami......

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...