13 April, 2013

Birthday Party PPKI SMKPutrajaya Presint 9(2)

..Today Friday 12 April, Ain dan kawan-kawan yang lahir pada bulan Januari hingga April diraikan dalam satu majlis sambutan hari jadi yang diaturkan oleh guru-guru dan PPM-PPM PPKI. Majlis diadakan di tingkat 3, Pusat Asas Vokasional PPKI...bermula jam 8.15 pagi hingga 10 pagi......pelbagai juadah termasuk kek hari jadi yang disediakan. Hari ini pihak PPKI menyediakan juadah nasi lemak buat kami. Minumannya pula teh O panas dan air ais oren. Majlis kami turut diraikan oleh Bonda Datin (Pengetua) dan GPK-GPK sekolah......Selepas majlis memotong kek dan nyanyian Birthday, kami menerima hadiah dari guru kelas masing-masing. Bonda Datin juga turut menerima cenderahati dari PPKI. Kemudian diikuti pula acara persembahan guru-guru dan murid-murid......Ain sedang memerhatikan gelagat kawan-kawan yang menunjukkan bakat menari masing-masing....lagu GANGNAM STYLE gitu....gamat sekejap majlis dibuat mereka...Manakala guru-guru pula membuat persembahan chicken dance song.....Selepas majlis selesai...Jam 10 pagi tibalah giliran ibubapa hadir untuk menerima keputusan ujian bulanan/penilaian diagnostik kemajuan PBS tahun 2013. Sementara itu murid-murid, Guru dan PPM yang tidak terlibat dengan penyerahan keputusan berkenaan mula mengemas semula bilik Kulinari kepada keadaan asal. Ain pun apa lagi...ambil kesempatanlah berbual dan mengusik kawan-kawan kulinari Ain yang telah menyambung pelajaran ke Kolej SEGi yang turut hadir di majlis ini kerana setiap hari Jumaat mereka tiada kelas dan akan hadir ke sekolah seperti biasa....

Rawatan Gigi di PPUKM - 11 April 2013

...Ini kali pertama Ain menerima rawatan tampalan gigi. Alhamdulillah....Ain dah boleh buat rawatan secara sedar tetapi untuk cabutan gigi, tak pasti lagi boleh buat secara sedar begini atau kena masuk dewan bedah (Bius) seperti sebelum ini...Dalam masa mulut ternganga Ain sempat lagi ketawa bila DR kata..."Ain jangan gigit jari kakak, nanti jari kakak putus. Haa..nanti kakak tak ada jari nak buat kerja..".......Selesai sudah rawatan untuk hari ini..tunggu temujanji enam bulan lagi...

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...