25 Ogos, 2013

Gelagat Syoknya Raya....

...amboiii.....Bukan main lagi gembiranya si Vahida tuuu.......sambil menghias khemah sempat lagi berpossing...gayapun dah terlebih sudah...bukan cikgu tapi mak Ain le...haa...haa...haa.......Cikgu Zie dengan gaya spontannya.......cedok apa tuuu???.....Kesiannya Ain terselit di antara si Putri dengan PPM Quzai......Nak berjalan juga si Ain tuu......berebut nak basuh tangan.....Oii! Mulut aku dah penuhlaaa...dah nak termuntah dah ni......satu, dua...pritttt.......Tahun ni, ia milik kami. Ain memegang erat piala pusingan, bagai takkan dilepaskan lagi......Saat penutup, semua teruja menyanyi......Sebahagian dari orang kuat PPKI, TERIMA KASIH SEMUA.....

Temasya Sukan/Sukaneka Berkonsep Raya - 2013

Sabtu 24 ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434, kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) mengadakan temasya Sukan berkonsepkan raya. Manakala Pendidikan Khas mengadakan Sukaneka berkonsep raya. Bunyinya macam pelik tapi tak adalah pelik mana....seperti kebiasaannya ada acara perbarisan lintas hormat, persembahan dan gimik pembukaan, ada acara larian dan tarik tali penyertaan pelajar. guru dan ibubapa serta ada penyampaian hadiah, cuma...bezanya kali ni ada jamuan raya di setiap khemah rumah-rumah termasuk khemah kami Program Pendidikan Khas Integrasi........Nah! Ini dia khemah kami seperti terpapar di dalam video eksklusi di awal-awal catatan ini....Hasil usaha kolaburasi antara Cikgu-cikgu, PPM-PPM dan sedikit sebanyak bantuan dari ibubapa maka teserlahlah keindahan dan keceriaan SYOKNYA RAYA........PPM Liza sibuk membakar lemang (Gimik je tuuu heee...heee...heee...), sementara tu tetamu VIP datang beraya sambil memberi markah untuk katagori Khemah paling cantik......Sambil-sambil menjamu selera kami mengadakan beberapa acara sukaneka seperti acara terompak gergasi, acara membawa 3 biji bola, meniti batu bata, acara makan apel dengan mata tertutup dan acara mencari gula-gula dalam tepung. Ain juga turut serta sukaneka ni.......Cepattt...cepattt...nanti Ain kalah...cepattt.......Ni dia bukti....tangan dan seluar Ain habis kena tepung.......Acara terakhir kami ialah acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah. Khemah Kami terpilih sebagai khemah yang tercantik dari yang cantik dan kami menerima piala pusingan dan wang sebayak RM300. Kami juga menerima pingat untuk semua acara sukaneka serta menerima sebuah hamper khas penyertaan perbarisan dan beberapa hamper untuk acara lain. Tahun ini rumah Kasawari (Kuning) menjuarai temasya sukan tahun ini..........sebelum orang lain bergambar dengan piala ni...bagi Ain yang merasmikannya dulu...