31 Oktober, 2013

Jamuan Raya di TV Al-Hijrah

Pada 20 Okt.2013, beberapa keluarga MyCP dijemput menghadiri majlis jamuan raya anjuran Assalammualaikum TV Al-Hijrah. Ain pergi bersama ibubapa Ain....Emmm...Inilah antara keluarga besar MyCP....

14 Oktober, 2013

Kerinduan Yang Hakiki - Salam Aidil Adha

Di sini Ain sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat dan teristimewa buat semua pengunjung dan pengikut blog KAU YANG TERISTIMEWA ini. Ampun maaf kalau ada salah dan silap. Semoga Allah Azawajalla merahmati kita semua, aamiin....

06 Oktober, 2013

Gelombang Hijau di Presint 3 Putrajaya

...Sabtu, 5 Oktober 2013...Ain bersama mak dan abang menyertai aktiviti PKKI atas jemputan pihak Cherty KFC di Presint 3 Putrajaya untuk program 'Cherity Walk'. Macam biasa kami bertolak jam 12.30 tengahari dari PKKI dan tiba di Putrajaya dalam jam 1 petang........sebelum acara pelepasan peserta jalan kaki amal, kami dihidangkan dengan persembahan artis-artis tempatan yang didahului oleh nyanyian dari Sleeq, Najwa Latif, Black & RJ. Diikuti Hafiz dan Anuar Zain. Manakala pengacaranya ialah Naz Ahmad.....>...Ain berkesempatan jumpa dan bergambar dengan beberapa orang artis berkenaan.......Menanti ketibaan Tuanku Raja Zarith Sofiah. Ini pula ialah acara pelepasan peserta cherity walk yang disempurnakan Sultanah Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah......kemudian disusuli pula acara memanaskan badan sebelum aktiviti berjalan. Antara pesertanya iala Dinas Mokhtar...
...Jam 6 petang kami pun bergerak untuk pulang dengan bekalan sekotak KFC setiap seorang.....