05 Januari, 2014

Berkunjung ke Rumah Amal Cheshire Selangor.

Tanggal 30 Disember 2013, Ain, abang dan mak berkunjung ke SELANGOR CHESHIRE HOME di Selayang berhampiran Pasar Borong Selayang untuk mengambil kerusi roda yang diberi secara percuma pemberian dari satu badan NGO luar negara yang mengamanahkan pengagihan kerusi-kerusi roda berkenaan di bawah pengurusan rumah amal ini dan yang mengendalikannya ialah en. Hafiz....Terima kasih kepada beliau yang sudi meluangkan masa mengenadalikan kerusi roda utk Ain...kerusi roda tu sesuai dgn keadaan fizikal Ain...Terima kasih en. Hafiz  dan pihak Rumah Amal Cheshire Selangor......Semetara menunggu urusan kerui roda siap, sempatlah melawat bengkil pemprosesan roti meroti dan sempat juga merasa rotinya...emmm, sedappp......Jam 5.15 petang kami pun bergerak pulang dengan membawa kerusi dan roti....