26 Februari, 2014

You Can Do It !!!

Rabu 26 Feb.2014, untuk latihan kali ke 3 untuk tahun ini setelah lama meninggalkan aktiviti riding ni.. Nampak di pusingan awal kepala Ain meneleng je....tapi masuk pusingan ke 2 dan seterusnya kepala Ain dah mula tegak. InsyaAllah...jika aktiviti riding ini berterusan, saya berkeyakinan Ain akan dapat skill ridingnya kembali kerana Ain seorang anak yang punya semangat dan kehendak yang kuat......
Ini adalah beberapa keping gambar Ain yang dulu iaitu semasa aktiviti riding Ain berjalan dengan lancar setiap seminggu sekali.....
 Mei 2005 ketika Ain berusia 8 tahun....

Pertandingan pertama di STC 2005...

 Pertandingan walk and trot  di Ipoh tahun 2006.

 Di STC tahun 2007...

 Di MAFEC tahun 2007.... 

25 Februari, 2014

Cerita Bagaimana Bermulanya Rawatan Ain Di CVT/Family Home Spa Ice Therapy - PART 2

Selepas usai rawatan hidroterapi ais di HQCVT, di rumah Ain masih mengamalkan mandian bilasan terakhir menggunakan aromaterapi sejuta wajah dan juga mengambil formula NW 9 dan NW 20. Sesekali Ain membuat rendaman (mandian) ais dengan menggunakan kolam mandian kanak-kanak. Meskipun kami masih mengekalkan rawatan konsep CVT namun ianya tidak dilakukan dengan sempurna samada mandian ais mahupun pengambilan formula-formula yang diperlukan Ain. Sebab utamanya kerana masalah kewangan untuk kos rawatan.
Walaupun kesihatan kekal baik, Ain masih berhadapan dengan masalah fizikal, otot, saraf dan tulang kesan semasa mendapat sawan sebelumnya. Bahagian otot kanan Ain yang lemah mula mengecut dan mengeras. Ini menyebabkan tulang belakangnya ditarik dan mula membengkok bentuk S. Kebengkokan tulang belakang ini dipanggil Skoliosis Neouromuscular (Kebengkokan tulang belakang bukan disebabkan tulang tetapi kebengkokan tulang belakang kerana keadaan otot yang lemah). Lalu pihak Jabatan Ortopedik dan Traumatologi hospital telah merujukkan masalah Ain ini ke klinik Skoliosis.........
Bilamana skoliosis Ain mancapai kebengkokan lebih 55 darjah, doktor menyarankan Ain perlu melakukan pembedahan memasukkan besi untuk menyokong tulang belakang Ain dari terus membengkok bagi mengelakkan berlakunya masalah himpitan organ dalaman badan terutama paru-paru. 
Perbelanjaan pembedahan itu dianggarkan 20 ribu dan mungkin lebih mengikut berapa banyak skew perlu ditambah. Apa yang tidak suka didengari bilamana Doktor berkata, tiada jaminan bahawa selepas pembedahan tulang belakang itu akan kekal lurus. Selagi ada otot badan Ain yang masih lemah...ada kemungkinan besar akan berlaku kebengkokan semula...
Mendengar pencerahan doktor berkenaan, kami rasa sangat sedih berbaur dengan perasaan serba salah. Kebimbangan menghantui diri kami, almaklumlah yang hendak dibedah itu tulang belakang. Lantas kerana itu saya sebagai ibu Ain telah cuba mendapatkan pandangan dan nasihat dari Doktor padiatrik, jurupulih-jurupulih fizio terapi luar hospital dan juga merujuk permasalahan Ain kepada Prof. Emeritus Dato' Dr. Norhisham Wahab......
Selepas berbincang bersama ayah Ain, kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan dan mengambil langkah menerima tawaran dari Prof. Emeritus Dato' Dr. Norhisham Wahab supaya Ain datang membuat rawatan alternatif di pusat rawatan beliau. Dengan itu bermulalah rawatan ain di Family Home Spa Ice Therapy pada tanggal Isnin 22 Julai 2013 bersamaa 13 Ramadan 1434. Rawatan dilakukan tiga hari dalam seminggu secara berselang seli iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Ia dimulai dengan Mandian air bergaram di kolam renang selama lebih satu jam diikuti bilasan bersih dan diakhiri dengan urutan seluruh badan selama 2 jam..........
( NOTA : Ain lahir pada Jumaat : 31 Jan. 1997 bersamaan 22 Ramadan 1417. Rawatan bermula 22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadan 1434). 
Ain telah membuat sebanyak 62 kali rawatan. Banyak perubahan positif yang telah dapat kami lihat.(Maklumat boleh dirujuk di laman blog ini... http://homespaicetherapy.blogspot.com/).
Apa yang menarik lagi ialah kebetulan yang sangat disyukuri, alamat Family Home Spa Ice Theray dengan alamat rumah Ain adalah hampir sama...
Alamat  Home Spa Ice Therapy - Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 MANAKALA 
alamat rumah Ain pula - Jalan BS 11/2, Seksyen 11.
Alhamdulillah....Sungguh menarik akan aturan dan ketetapan dari-NYA. InsyaAllah, semoga dengan limpah kurnia kasih-NYA bahawa penawar Ain adalah di Family Home Spa Ice Therapy.....aamiin....
 Video 19 Sept.2013.

     Klip Video 13 Feb 2014...                                            Duduk santai bermain air sebab hari hujan renyai-renyai...  




17 Februari, 2014

Cerita bagaimana bermulanya rawatan Ain di CVT - PART 1

Dahulu sebelum Ain berusia 11 tahun Ain sering mendapat demam, batuk dan selsema malah setiap 4 ke 5 bulan sekali Ain akan mendapat sawan. Sawan Ain boleh dikatakan di tahap yang teruk, di mana biasanya serangan sawannya mengambil masa 1 hingga 1 setengah jam baru betul-betul pulih. Setiap kali mendapat sawan Ain akan di masukkan ke wad hospital. Kesan sawan ini mengakibatkan fizikal Ain terjejas dan ini sangat tidak bagus untuk pembesaran dan perkembangan Ain.......Sudah berbagai-bagai rawatan kami ibubapa Ain cuba untuk mengatasi permasalahan kesihatan Ain. Apa saja rawatan yang disarankan oleh sedara mara, kawan-kawan dan kenalan akan kami cuba, namun semuanya menemui jalan buntu. Dalam sebulan pastinya ada 2 ke 3 kali Ain dibawa ke klinik kerana demam, batuk dan selsema sehingga ianya mengganggu kehadiran Ain ke sekolah dan sesi terapi. Kebuntuan menghantui diri kami khasnya saya sebagai ibunya. Justeru itu sering kali doa saya panjatkan kepada-NYA mohon pertunjuk apakah jalan keluar untuk merawat Ain. Akhirnya pada bln April 2008 Persatuan Kanak-Kanak Istimewa (PKKI) Hulu Langat Cheras di mana tempat Ain membuat fizio terapi dan terapi carakerja (OT) telah mendapat seorang guru/jurupulih fizio terapi separuh masa…Nordin namanya. Cikgu Nordin merupakan Murid kepada Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT) iaitu Prof. Emiritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab. Cikgu Nordin juga merangkap pengikut/ anak didik DR. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin, maka bermulalah saya diperkenalkan dengan rawatan alternatif yang berkonsepkan rawatan Hidroterapi ais CVT. Cikgu Nordin juga memperkenalkan saya kepada laman web/blog tentang CVT. Memang saya membuka laman web/blog berkenaan tetapi amat sukar bagi saya untuk menerima konsep rawatan CVT.......Setiap kali Ain membuat fizio terapi dengan cikgu Nordin pada setiap hari Isnin maka setiap kali itu jugalah cikgu Nordin akan bertanya…. “Kak, dah bawa Ain pergi CVT?” Jawapannya tentulah ‘BELUM’. Jenuh jugalah cikgu Nordin berhujah tentang konsep rawatan CVT setiap kali Ain datang buat fizio terapi dengannya. Akhirnya kerana kerap sangat ditanya maka timbullah rasa malu di hati saya dan hati saya mula berkata-kata ‘tentu cikgu Nordin mengganggap saya tidak megambil berat pasal Ain!!’, kerana rasa malu itulah yang telah menyebabkan saya berpakat dengan ayah Ain untuk membawa Ain mencuba rawatan CVT itupun selepas 4 bulan cikgu Nordin berkempen. Sejujurnya, memang pada awalnya saya tidak boleh menerima konsep rawatan mandian ais ini di samping bimbang kos rawatan CVT yang agak diluar kemampuan kami..almaklumlah sekali mandian (30 minit) bayarannya RM150, itu belum termasuk formula yang perlu diambil dan sudah pastinya rawatan takkan sekali sahaja. Sayapun dgn berat hati menghubungi HQ CVT dan meminta untuk bercakap dengan Doktor bertugas. Ketika itu saya berurusan dengan DR.Rahim…macam-macam yang saya tanyakan termasuklah tentang kos rawatan. DR. Rahim kata, “Akak sediakan RM200, datanglah ke CVT”. Setelah membuat tarikh temujanji, pada hari Sabtu 16 Ogos 2008 saya sekeluarga datang ke CVT untuk mencuba rawatan alternatif di CVT. DR.Rahim telah memberikan pencerahan kepada kami tentang konsep rawatan hidroterapi ais CVT. Akhirnya kami bersetuju dan mengambil pakej rawatan 7x mandian dengan kos RM770 yang boleh dibayar secara ansuran…..Maka hari sabtu itu bermulalah rawatan mandian ais Ain dan diikuti 6 hari berikutnya (pagi dan petang)......Menjelang Isnin 18 Ogos seperti biasa saya akan membawa Ain untuk membuat fizio terapi dengan cikgu Nordin malah hari itu saya sangat teruja hendak memaklumkan kepada cikgu Nordin yang saya sudah membawa Ain membuat rawatan di CVT sebagaimana saranannya. Malangnya cikgu Nordin sudah memberi notis berhenti kerja 24 jam dan sehingga hari ini saya tidak pernah berjumpa lagi dengan cikgu Nordin lantaran hendak mendptkan nombor telefonnya dari pihak pejabat PKKI tentulah mustahil sebab pihak PKKI sangat marah dengan cikgu Nordin kerana berhenti secara mengejut. Ini disebabkan untuk mendapatkan segera penggantinya adalah amat sukar dan mengambil masa yang lama. Kerana itu saya tidak berani hendak meminta nombor telefon cikgu Nordin dari pihak pejabat PKKI dan kebetulan pula guru-guru lain tidak menyimpan nombor telefonnya. Rintitan kejadian itu, saya terfikir…Allah telah mendengar rintihan dan permohonan saya maka didatangkan-NYA cikgu Nordin dan setelah selesai iaitu setelah saya pergi ke CVT maka Allah bukakan rezeki cikgu Nordin mendapat perkejaan tetap yang menyebabkan dia terpaksa berhenti 24 jam dari PKKI dan ini melanggar perjanjian kontraknya dengan PKKI. Ya, mungkin cikgu Nordin datang ke PKKI hanya untuk menjadi pemberi pertunjuk jalan keluar kepada saya, maka dengan perginya saya membawa Ain membuat rawatan ke CVT maka usailah tugas cikgu Nordin..Subhanallah….......Selepas rawatan berpakej itu, Ain meneruskan rawatan mandian sebulan sekali selama 4 bulan berturut-turut malah saya juga mula jatuh cinta dan teruja untuk mengetahui dan mempelajari konsep rawatan CVT. Pada 31 Jan dan 1 Feb.2009 saya menyertai Kursus Asas CVT (CVTEC) dan seterusnya saya juga menyertai kelas percuma CVT yg disediakan oleh Prof.NW pada setiap hari Rabu malam Khamis selama beberapa bulan. Selain itu saya juga mengikuti kelas-kelas lanjutan CVT dari masa ke semasa. Selepas menerima rawatan hidroterapi ais CVT itu, kesihatan Ain semakin membaik. Hanya masa baru-baru rawatan saja Ain mendapat sawan dan ianya berlaku sekali saja dan tidak sampai 10 minit..Ain pulih semula. Kini sudah masuk tahun ke 6 Ain pulih dari penyakit sawan, Ain juga sudah berhenti memakan ubat sawan. Hingga kini, Ain jarang sangat mendapat deman, batuk dan selsema. Kalau dulu rekod klinik Ain sebulan 2 ke 3 kali sebulan tetapi hari ini, sudah hampir tiada langsung Ain ke klinik mahupun ditahan di wad hospital…Alhamdulillah. Minuman harian Ain tidak pernah lepas dari ais setiap hari. PELIK bukan tetapi BENAR. Malah bila deman, batuk atau selsema Ain masih terus mengamalkan ais….dan demam, batuk dan selsema itu hanya bertahan 1 ke 2 hari saja dan ianya akan baik dengan sendirinya...tanpa perlu memakan ubat-ubatan klinik. Ain hanya meneruskan mengamalkan mandian dan minuman ais serta memakai aroma terapi Seri Wajah/Full Moon Sejuta Wajah. Alhamdulillah… itulah rahsia ais....

12 Februari, 2014

Majlis Sambutan Tahun baru Cina di Polo Club Ampang

Hari ini Rabu 12 Feb.2014 jam 10 pg - 12.00 tgh Ain berada di Royal Selangor POLO Club Ampang bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran RDA POLO Club Ampang.....Alhamdulillah...harini dapat jumpa uncle Muthu, uncle Kapt.Kamal (MAFEC), uncle Sjn.Tajudin dan yang sudah beberapa tahun tak jumpa iaitu Y.A.M Raja Dato Seri Azureen (Engku Sayang)......Sementara menunggu Tetamu VIP datang ada beberapa permainan di sediakan dan Ain memilih main baling bola pimpong ala-ala baling dart......ketibaan tetamu-tetamu VIP YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. M. Mahadevan dan Y.A.M Raja Dato' Seri Azureen. Alhamdulillah...Engku Sayang masih kenal Ain siap ingat nama Ain lagi...heee..bestnyeee........Amacam, Cantik tak gambar kami berdua ni....cute kan!!! heee....perasannya Ain........Ni kami sedang asyik menonton tarian ala-ala tarian naga......Ain dengan kawan-kawan di meja makan berhampiran meja makan VIP.......Ni dia hadiah yang Ain dapat termasuk ampau.....Terima kasih semua.

09 Februari, 2014

Hidroterapi Lagi di Home Spa Ice Therapy

Pagi Ahad 9 Feb.2014, Ain berenang lagi...Tiada apa yg menghalang Ain untuk berenang sekalipun hari ini ramai yang datang buat rawatan....lebih menyeronokan bila ada adik-adik..boleh main kejar-kejar............ 
Ni Ain  panjat tangga kolam, dah boleh buat sendiri....

 ..ini pula Ain berenang kuak lentang...kuak lentanglah sangat, hahaha.........
..main kejar-kejar.......




Jalinan Ukhwah

       ...Pertemuan setelah berpuluh tahun terputus hubungan....(opah Safiah dan ustaz Khalid /Pak usu). Terputus hubungan kerana opah tidak menetap lagi di Kampung Air Kuning Taiping...kerana itu kesemua surat yang kukirim tidak opah terima termasuk kiriman kad jemputan kenduriku. Apakan daya kerna begitulah takdir kehidupan....bertemu dan berpisah, kini bertemu kembali..syukur Alhamdulillah....

Ada Ketikanya Kita Terpaksa Berpisah

Tanggal 5 Februari (Rabu) Ain seisi keluarga berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) untuk membuat pendaftaran masuk adik Ain ke Tingkatan 4 selepas berjaya cemerlang 8A dalam PMR tahun lepas (2013).....Usai sesi pendaftaran dan tatlimat kami sekeluarga menghantar barang-barang adik ke dormnya, kemudian kami menjamu selera makan tengahari di Dewan Makan sekolah...........Ni gambar semasa Ain nak bergerak balik dan meninggalkan adik.....Hari ini bermulalah saat Ain tiada kawan lagi di rumah....Semoga adik gembira tinggal di asrama dan Selamat Maju Jaya buat adik...ameen...