17 Februari, 2014

Cerita bagaimana bermulanya rawatan Ain di CVT - PART 1

Dahulu sebelum Ain berusia 11 tahun Ain sering mendapat demam, batuk dan selsema malah setiap 4 ke 5 bulan sekali Ain akan mendapat sawan. Sawan Ain boleh dikatakan di tahap yang teruk, di mana biasanya serangan sawannya mengambil masa 1 hingga 1 setengah jam baru betul-betul pulih. Setiap kali mendapat sawan Ain akan di masukkan ke wad hospital. Kesan sawan ini mengakibatkan fizikal Ain terjejas dan ini sangat tidak bagus untuk pembesaran dan perkembangan Ain.......Sudah berbagai-bagai rawatan kami ibubapa Ain cuba untuk mengatasi permasalahan kesihatan Ain. Apa saja rawatan yang disarankan oleh sedara mara, kawan-kawan dan kenalan akan kami cuba, namun semuanya menemui jalan buntu. Dalam sebulan pastinya ada 2 ke 3 kali Ain dibawa ke klinik kerana demam, batuk dan selsema sehingga ianya mengganggu kehadiran Ain ke sekolah dan sesi terapi. Kebuntuan menghantui diri kami khasnya saya sebagai ibunya. Justeru itu sering kali doa saya panjatkan kepada-NYA mohon pertunjuk apakah jalan keluar untuk merawat Ain. Akhirnya pada bln April 2008 Persatuan Kanak-Kanak Istimewa (PKKI) Hulu Langat Cheras di mana tempat Ain membuat fizio terapi dan terapi carakerja (OT) telah mendapat seorang guru/jurupulih fizio terapi separuh masa…Nordin namanya. Cikgu Nordin merupakan Murid kepada Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT) iaitu Prof. Emiritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab. Cikgu Nordin juga merangkap pengikut/ anak didik DR. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin, maka bermulalah saya diperkenalkan dengan rawatan alternatif yang berkonsepkan rawatan Hidroterapi ais CVT. Cikgu Nordin juga memperkenalkan saya kepada laman web/blog tentang CVT. Memang saya membuka laman web/blog berkenaan tetapi amat sukar bagi saya untuk menerima konsep rawatan CVT.......Setiap kali Ain membuat fizio terapi dengan cikgu Nordin pada setiap hari Isnin maka setiap kali itu jugalah cikgu Nordin akan bertanya…. “Kak, dah bawa Ain pergi CVT?” Jawapannya tentulah ‘BELUM’. Jenuh jugalah cikgu Nordin berhujah tentang konsep rawatan CVT setiap kali Ain datang buat fizio terapi dengannya. Akhirnya kerana kerap sangat ditanya maka timbullah rasa malu di hati saya dan hati saya mula berkata-kata ‘tentu cikgu Nordin mengganggap saya tidak megambil berat pasal Ain!!’, kerana rasa malu itulah yang telah menyebabkan saya berpakat dengan ayah Ain untuk membawa Ain mencuba rawatan CVT itupun selepas 4 bulan cikgu Nordin berkempen. Sejujurnya, memang pada awalnya saya tidak boleh menerima konsep rawatan mandian ais ini di samping bimbang kos rawatan CVT yang agak diluar kemampuan kami..almaklumlah sekali mandian (30 minit) bayarannya RM150, itu belum termasuk formula yang perlu diambil dan sudah pastinya rawatan takkan sekali sahaja. Sayapun dgn berat hati menghubungi HQ CVT dan meminta untuk bercakap dengan Doktor bertugas. Ketika itu saya berurusan dengan DR.Rahim…macam-macam yang saya tanyakan termasuklah tentang kos rawatan. DR. Rahim kata, “Akak sediakan RM200, datanglah ke CVT”. Setelah membuat tarikh temujanji, pada hari Sabtu 16 Ogos 2008 saya sekeluarga datang ke CVT untuk mencuba rawatan alternatif di CVT. DR.Rahim telah memberikan pencerahan kepada kami tentang konsep rawatan hidroterapi ais CVT. Akhirnya kami bersetuju dan mengambil pakej rawatan 7x mandian dengan kos RM770 yang boleh dibayar secara ansuran…..Maka hari sabtu itu bermulalah rawatan mandian ais Ain dan diikuti 6 hari berikutnya (pagi dan petang)......Menjelang Isnin 18 Ogos seperti biasa saya akan membawa Ain untuk membuat fizio terapi dengan cikgu Nordin malah hari itu saya sangat teruja hendak memaklumkan kepada cikgu Nordin yang saya sudah membawa Ain membuat rawatan di CVT sebagaimana saranannya. Malangnya cikgu Nordin sudah memberi notis berhenti kerja 24 jam dan sehingga hari ini saya tidak pernah berjumpa lagi dengan cikgu Nordin lantaran hendak mendptkan nombor telefonnya dari pihak pejabat PKKI tentulah mustahil sebab pihak PKKI sangat marah dengan cikgu Nordin kerana berhenti secara mengejut. Ini disebabkan untuk mendapatkan segera penggantinya adalah amat sukar dan mengambil masa yang lama. Kerana itu saya tidak berani hendak meminta nombor telefon cikgu Nordin dari pihak pejabat PKKI dan kebetulan pula guru-guru lain tidak menyimpan nombor telefonnya. Rintitan kejadian itu, saya terfikir…Allah telah mendengar rintihan dan permohonan saya maka didatangkan-NYA cikgu Nordin dan setelah selesai iaitu setelah saya pergi ke CVT maka Allah bukakan rezeki cikgu Nordin mendapat perkejaan tetap yang menyebabkan dia terpaksa berhenti 24 jam dari PKKI dan ini melanggar perjanjian kontraknya dengan PKKI. Ya, mungkin cikgu Nordin datang ke PKKI hanya untuk menjadi pemberi pertunjuk jalan keluar kepada saya, maka dengan perginya saya membawa Ain membuat rawatan ke CVT maka usailah tugas cikgu Nordin..Subhanallah….......Selepas rawatan berpakej itu, Ain meneruskan rawatan mandian sebulan sekali selama 4 bulan berturut-turut malah saya juga mula jatuh cinta dan teruja untuk mengetahui dan mempelajari konsep rawatan CVT. Pada 31 Jan dan 1 Feb.2009 saya menyertai Kursus Asas CVT (CVTEC) dan seterusnya saya juga menyertai kelas percuma CVT yg disediakan oleh Prof.NW pada setiap hari Rabu malam Khamis selama beberapa bulan. Selain itu saya juga mengikuti kelas-kelas lanjutan CVT dari masa ke semasa. Selepas menerima rawatan hidroterapi ais CVT itu, kesihatan Ain semakin membaik. Hanya masa baru-baru rawatan saja Ain mendapat sawan dan ianya berlaku sekali saja dan tidak sampai 10 minit..Ain pulih semula. Kini sudah masuk tahun ke 6 Ain pulih dari penyakit sawan, Ain juga sudah berhenti memakan ubat sawan. Hingga kini, Ain jarang sangat mendapat deman, batuk dan selsema. Kalau dulu rekod klinik Ain sebulan 2 ke 3 kali sebulan tetapi hari ini, sudah hampir tiada langsung Ain ke klinik mahupun ditahan di wad hospital…Alhamdulillah. Minuman harian Ain tidak pernah lepas dari ais setiap hari. PELIK bukan tetapi BENAR. Malah bila deman, batuk atau selsema Ain masih terus mengamalkan ais….dan demam, batuk dan selsema itu hanya bertahan 1 ke 2 hari saja dan ianya akan baik dengan sendirinya...tanpa perlu memakan ubat-ubatan klinik. Ain hanya meneruskan mengamalkan mandian dan minuman ais serta memakai aroma terapi Seri Wajah/Full Moon Sejuta Wajah. Alhamdulillah… itulah rahsia ais....