25 Februari, 2014

Cerita Bagaimana Bermulanya Rawatan Ain Di CVT/Family Home Spa Ice Therapy - PART 2

Selepas usai rawatan hidroterapi ais di HQCVT, di rumah Ain masih mengamalkan mandian bilasan terakhir menggunakan aromaterapi sejuta wajah dan juga mengambil formula NW 9 dan NW 20. Sesekali Ain membuat rendaman (mandian) ais dengan menggunakan kolam mandian kanak-kanak. Meskipun kami masih mengekalkan rawatan konsep CVT namun ianya tidak dilakukan dengan sempurna samada mandian ais mahupun pengambilan formula-formula yang diperlukan Ain. Sebab utamanya kerana masalah kewangan untuk kos rawatan.
Walaupun kesihatan kekal baik, Ain masih berhadapan dengan masalah fizikal, otot, saraf dan tulang kesan semasa mendapat sawan sebelumnya. Bahagian otot kanan Ain yang lemah mula mengecut dan mengeras. Ini menyebabkan tulang belakangnya ditarik dan mula membengkok bentuk S. Kebengkokan tulang belakang ini dipanggil Skoliosis Neouromuscular (Kebengkokan tulang belakang bukan disebabkan tulang tetapi kebengkokan tulang belakang kerana keadaan otot yang lemah). Lalu pihak Jabatan Ortopedik dan Traumatologi hospital telah merujukkan masalah Ain ini ke klinik Skoliosis.........
Bilamana skoliosis Ain mancapai kebengkokan lebih 55 darjah, doktor menyarankan Ain perlu melakukan pembedahan memasukkan besi untuk menyokong tulang belakang Ain dari terus membengkok bagi mengelakkan berlakunya masalah himpitan organ dalaman badan terutama paru-paru. 
Perbelanjaan pembedahan itu dianggarkan 20 ribu dan mungkin lebih mengikut berapa banyak skew perlu ditambah. Apa yang tidak suka didengari bilamana Doktor berkata, tiada jaminan bahawa selepas pembedahan tulang belakang itu akan kekal lurus. Selagi ada otot badan Ain yang masih lemah...ada kemungkinan besar akan berlaku kebengkokan semula...
Mendengar pencerahan doktor berkenaan, kami rasa sangat sedih berbaur dengan perasaan serba salah. Kebimbangan menghantui diri kami, almaklumlah yang hendak dibedah itu tulang belakang. Lantas kerana itu saya sebagai ibu Ain telah cuba mendapatkan pandangan dan nasihat dari Doktor padiatrik, jurupulih-jurupulih fizio terapi luar hospital dan juga merujuk permasalahan Ain kepada Prof. Emeritus Dato' Dr. Norhisham Wahab......
Selepas berbincang bersama ayah Ain, kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan dan mengambil langkah menerima tawaran dari Prof. Emeritus Dato' Dr. Norhisham Wahab supaya Ain datang membuat rawatan alternatif di pusat rawatan beliau. Dengan itu bermulalah rawatan ain di Family Home Spa Ice Therapy pada tanggal Isnin 22 Julai 2013 bersamaa 13 Ramadan 1434. Rawatan dilakukan tiga hari dalam seminggu secara berselang seli iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Ia dimulai dengan Mandian air bergaram di kolam renang selama lebih satu jam diikuti bilasan bersih dan diakhiri dengan urutan seluruh badan selama 2 jam..........
( NOTA : Ain lahir pada Jumaat : 31 Jan. 1997 bersamaan 22 Ramadan 1417. Rawatan bermula 22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadan 1434). 
Ain telah membuat sebanyak 62 kali rawatan. Banyak perubahan positif yang telah dapat kami lihat.(Maklumat boleh dirujuk di laman blog ini... http://homespaicetherapy.blogspot.com/).
Apa yang menarik lagi ialah kebetulan yang sangat disyukuri, alamat Family Home Spa Ice Theray dengan alamat rumah Ain adalah hampir sama...
Alamat  Home Spa Ice Therapy - Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 MANAKALA 
alamat rumah Ain pula - Jalan BS 11/2, Seksyen 11.
Alhamdulillah....Sungguh menarik akan aturan dan ketetapan dari-NYA. InsyaAllah, semoga dengan limpah kurnia kasih-NYA bahawa penawar Ain adalah di Family Home Spa Ice Therapy.....aamiin....
 Video 19 Sept.2013.

     Klip Video 13 Feb 2014...                                            Duduk santai bermain air sebab hari hujan renyai-renyai...  




'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...