31 Mac, 2014

RDA Khas di POLO CLUB Ampang

 ..Hari ini Sabtu 29 Mac 2014 jam 2.15 petang Ain, Daneil, Arif dan Khris berada di POLO Club Ampang untuk RDA khas sempena 2 orang Jurulatih RDA akan melalui ujian yang akan dinilai oleh Sue Adams Wheeler (England) dan beberapa lagi otai-otai program RDA. Ain dan Arif menjadi rider pertama untuk tujuaan itu... Ain menunggang doi doi dan nampaknya Ain dan Doi Doi sudah ada keserasian.......Fuhh!!! Jaga-jaga uncle mereka senang memerhatikan segala tindakan dan arahan uncle....Ain dan Arif hanya mampu memberikan kerjasama sebaik yang mungkin....

 ...Alhamdulillah...selesai sudah riding. Kelihatan uncle menerima kuliah pendek dan santai dari Sue Adams dan Datin Aimi.......Ain hanya mampu memerhati dengan harapan semuanya baik-baik saja dan semoga uncle lulus dalam ujian ini aameen...

19 Mac, 2014

Pertemuan Yang Terindah

Alhamdulillah....selepas lebih 7 tahun, hari ini Rabu 19 Mac 2014 kami dapat bertemu kembali. Walaupun dalam masa yang singkat namun ianya cukup bererti buat Ain dan mak Ain. Lea Thorpe and Olivia Thorpe dua nama yang sudah sinonim dengan RDA. Dua tahun (2005 & 2006) kami bersama-sama dalam menjayakan aktiviti RDA di MAFEC...banyak kenangan yang tak dapat kami lupakan........Hari ini teacher and her daughter sudi meluangkan masa melihat aktiviti riding Ain di POLO Club Ampang...dari mula hingga Ain selesai menunggang.......Hari ini Ain menunggang dengan menggunakan Helmet baru pemberian teacher Lea Thorpe....sesuai sungguh helmet tu dengan kepala Ain. TQ teacher kerana sudi hadiahkan helmet, baju dan anak patung koala buat Ain. Ain sangat-sangat menghargainya tetapi maaf kerana Ain tidak sempat membeli sebarang cenderahati buat teacher and Olivia. Walau bagaimanapun sempat juga mak masakkan cucur jagung buat santapan pagi teacher and Olivia.......Semoga teacher Lea and Olivia gembira dengan percutian mereka yang akan bersambung ke Indonesia pula....Andai waktu mengizinkan pasti kita ketemu kembali di suatu masa..InsyaAllah....LOVE YOU TOO, WITH MUCH LOVE....

10 Mac, 2014

Kursus Pembantu RDA Vs Persediaan Untuk Aktiviti RDA MAFEC

Hari ini Sabtu 8 Mac...Ain terpaksa ditinggalkan dengan ayah dari jam 7 pagi hingga 5 petang kerana mak dan abang Ain menghadiri kursus untuk persediaan aktiviti hipoterapi Ain dan kawan-kawan Ain...Di sini dititipkan beberapa gambar semasa kurus itu berlangsung.......Jam 8.30 pagi sesi pendaftaran dan sesi tatlimat dari uncle Muthu. Disusuli pula tatlimat untuk sesi pratikal di arena. Uncle Muthu dibantu oleh Datin Aimi dan beberapa orang abang tentera dari unit berkuda Kem Sungai Besi......Sebanyak 5 ekor kuda digunakan untuk sesi pratikal Leader(Pembawa/yang tarik kuda) dan sidewalking (pembantu kanan dan kiri rider) dan seorang peserta kursus jadi rider OKU. Harini semua diberi tanggungjawab secara bergilir-gilir......Abang Ain berkesempatan mengendalikan Memel (Caramel) Ain. Memel dah kurus macam tuannya (Ain)...rindunya dekat Memel. InsyaAllah Jumaat 14 Mac kelas riding (RDA MAFEC)akan bermula, maka dapatlah Ain jumpa Memel tapi mungkin Ain tak boleh menunggang Memel lagi sebab Ain dah besar jadi kenalah Ain menunggang kuda yang besar dan tinggi.......Harini mak Ain dapat mengendali seekor kuda secara bergroup (leader, rider and two sidewalking) dan mak juga dapat mengendali 2 ekor kuda lain secara bersendirian...Selesai kursus mak dan abang kepenatan tetapi tiba di rumah mak terpaksa melayan Ain sebab....biasalah Ain kalau ditingalkan mak maka bila mak balik macam orang tak jumpa lama dengan mak le....heee....

05 Mac, 2014

RDA POLO Club

Pagi ni sekali lagi Ain mengikuti kelas riding (Hipoterapi RDA)di Polo Club. Macam biasalah mestilah didahului dgn regangan kaki di bola biru tu...bersama-sama dengan adik-adik istimewa dari Tasputra.......hari inipun Ain masih menunggang Doe Doe (nama kuda putih ni)...tiba-tiba teringat pula pada Caramel (Memel) Ain. InsyaAllah pada pertengahan bulan Mac Ain akan kembali semula ke MAFEC untuk aktiviti riding. Untuk persediaan...emak Ain dan semua pengiring murid-murid yang akan mengikuti RDA di MAFEC akan menjalani kursus persediaan utk aktiviti riding berkenaan pada 8 Mac ni...Selamat Berkursus semua...kursus sehari suntuk tu....