10 Mac, 2014

Kursus Pembantu RDA Vs Persediaan Untuk Aktiviti RDA MAFEC

Hari ini Sabtu 8 Mac...Ain terpaksa ditinggalkan dengan ayah dari jam 7 pagi hingga 5 petang kerana mak dan abang Ain menghadiri kursus untuk persediaan aktiviti hipoterapi Ain dan kawan-kawan Ain...Di sini dititipkan beberapa gambar semasa kurus itu berlangsung.......Jam 8.30 pagi sesi pendaftaran dan sesi tatlimat dari uncle Muthu. Disusuli pula tatlimat untuk sesi pratikal di arena. Uncle Muthu dibantu oleh Datin Aimi dan beberapa orang abang tentera dari unit berkuda Kem Sungai Besi......Sebanyak 5 ekor kuda digunakan untuk sesi pratikal Leader(Pembawa/yang tarik kuda) dan sidewalking (pembantu kanan dan kiri rider) dan seorang peserta kursus jadi rider OKU. Harini semua diberi tanggungjawab secara bergilir-gilir......Abang Ain berkesempatan mengendalikan Memel (Caramel) Ain. Memel dah kurus macam tuannya (Ain)...rindunya dekat Memel. InsyaAllah Jumaat 14 Mac kelas riding (RDA MAFEC)akan bermula, maka dapatlah Ain jumpa Memel tapi mungkin Ain tak boleh menunggang Memel lagi sebab Ain dah besar jadi kenalah Ain menunggang kuda yang besar dan tinggi.......Harini mak Ain dapat mengendali seekor kuda secara bergroup (leader, rider and two sidewalking) dan mak juga dapat mengendali 2 ekor kuda lain secara bersendirian...Selesai kursus mak dan abang kepenatan tetapi tiba di rumah mak terpaksa melayan Ain sebab....biasalah Ain kalau ditingalkan mak maka bila mak balik macam orang tak jumpa lama dengan mak le....heee....