19 Mac, 2014

Pertemuan Yang Terindah

Alhamdulillah....selepas lebih 7 tahun, hari ini Rabu 19 Mac 2014 kami dapat bertemu kembali. Walaupun dalam masa yang singkat namun ianya cukup bererti buat Ain dan mak Ain. Lea Thorpe and Olivia Thorpe dua nama yang sudah sinonim dengan RDA. Dua tahun (2005 & 2006) kami bersama-sama dalam menjayakan aktiviti RDA di MAFEC...banyak kenangan yang tak dapat kami lupakan........Hari ini teacher and her daughter sudi meluangkan masa melihat aktiviti riding Ain di POLO Club Ampang...dari mula hingga Ain selesai menunggang.......Hari ini Ain menunggang dengan menggunakan Helmet baru pemberian teacher Lea Thorpe....sesuai sungguh helmet tu dengan kepala Ain. TQ teacher kerana sudi hadiahkan helmet, baju dan anak patung koala buat Ain. Ain sangat-sangat menghargainya tetapi maaf kerana Ain tidak sempat membeli sebarang cenderahati buat teacher and Olivia. Walau bagaimanapun sempat juga mak masakkan cucur jagung buat santapan pagi teacher and Olivia.......Semoga teacher Lea and Olivia gembira dengan percutian mereka yang akan bersambung ke Indonesia pula....Andai waktu mengizinkan pasti kita ketemu kembali di suatu masa..InsyaAllah....LOVE YOU TOO, WITH MUCH LOVE....