05 Mac, 2014

RDA POLO Club

Pagi ni sekali lagi Ain mengikuti kelas riding (Hipoterapi RDA)di Polo Club. Macam biasalah mestilah didahului dgn regangan kaki di bola biru tu...bersama-sama dengan adik-adik istimewa dari Tasputra.......hari inipun Ain masih menunggang Doe Doe (nama kuda putih ni)...tiba-tiba teringat pula pada Caramel (Memel) Ain. InsyaAllah pada pertengahan bulan Mac Ain akan kembali semula ke MAFEC untuk aktiviti riding. Untuk persediaan...emak Ain dan semua pengiring murid-murid yang akan mengikuti RDA di MAFEC akan menjalani kursus persediaan utk aktiviti riding berkenaan pada 8 Mac ni...Selamat Berkursus semua...kursus sehari suntuk tu....