26 April, 2014

CEREBRAL PALSY (Entri dari Nota)

- Penjelasan Secara Umum.......1. Apakah itu Cerebral Palsy (CP)?... Secara umum Cerebral Palsy ialah satu keadaan yang disebabkan oleh kecederaan pada bahagian di otak yang mengawal kebolehan atau kemampuan kita untuk menggunakan otot dan tubuh badan kita. - Cerebral bermaksud kerja berkaitan dengan otak (serebrum otak) ..... - Palsy pula bermaksud kelemahan atau masalah dengan penggunaan otot (kekurangan kawalan otot)..... CP di bahagikan kepada:- ...a) Spastic CP - di mana terlalu banyak keadaan tone otot atau keketatan otot melibatkan pergerakan keras terutama di bahagian kaki, lengan dan belakang....b) Dyskinetic CP...c) Mixed CP - masalah bercampur-campur. ....CP termasuk juga di katagorikan kepada:- a) Diplegia - Bermasalah pada bahagian kaki. ...b) Hemiplegia - Bermasalah pada satu bahagian badan (spt. tangan kanan dan kaki kanan)...c) Quadriplegia - Bermasalah pada kedua-dua tangan dan kaki. Ada juga yang melibatkan belakang termasuk otot muka dan badan. ...... 2. Bagaimanakah CP boleh terjadi?...CP itu seringkali berlaku sebelum lahir, tetapi ada kalanya ia berlaku semasa kelahiran atau selepas lahir. - Bagi kes Nur Ain, ianya berpunca di mana berlakunya kecederaan di bahagian otak semasa di dalam kandungan di saat-saat waktu kelahiran di mana Nur Ain telah mengalami masalah kekurangan oksigen (Lemas) akibat lilitan talipusat di lehernya...- Nur Ain telah di diagnos mengalami Cerebral Palsy - Spastic Quadriplegia.......3) Apakah rawatan untuk CP? - Rawatan CP ialah:- a) Fizio Terapi....b) Terapi Carakerja (OT)...c) Terapi Pertuturan. ...d) Pembedahan bagi kes-kes tertentu...e) Suntikan Botox....Selain rawatan-rawatan asas di atas, ada lagi terapi yang juga turut membantu kanak-kanak atau pesakit CP iaitu; ...1) Hydrotherapy (Terapi Berenang)...2) Hypotherapy (Terapi Berkuda)..Termasuklah juga rawatan Alternatif seperti urutan dan rawatan cara Islam (Syifa').... ...NOTE : Sumber entri diperolehi dari beberapa laman web dan blog berkaitan CEREBRAL PALSY....

25 April, 2014

Kuasa Luar Biasa Kuda Dalam Aktiviti Terapi Berkuda. (Entri dari Nota)

Berkuda adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menyeronokkan. Seringkali aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti dikalangan golongan elit sahaja. Justeru itu tidak ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga telah dijadikan sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa sebagaimana yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable Malaysia (RDAM). Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat usia......Aktiviti terapi berkuda ini mempunyai teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap Jurulatih dan pembantunya agar keselamatan Kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin. Apakah Keistimewaan Terapi Berkuda? Secara umumnya keistimewaan terapi berkuda ini ialah ianya berkesan untuk kesihatan dan dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa berkenaan......Terapi ini dibahagikan kepada empat teknik dan ianya dilakukan berdasarkan kajian penerimaan daya fikiran kanak-kanak istimewa tersebut. Empat teknik itu melibatkan:-... 1. Psikologi (Kajian Tentang Fikiran) 2. Pendidikan 3. Sosial (Kemasyarakatan) 4. Fizikal (Berkenaan Dengan Badan).......Teknik yang dimaksudkan itu ialah:- 1. Psikologi (Kajian Tentang Fikiran). - Meningkatkan Motivasi/Dorongan - Meningkatkan Semangat - Meningkatkan Penampilan Diri - Memulakan Perasaan Dipunyai - Membenarkan Perasaan Berdikari - Merasakan Pencapaian Individu - Merasakan Keupayaan Untuk Mengawal Keadaan. 2. Pendidikan. - Memperbaiki Kesedaran Kewujudan Ruang - Memperbaiki Mengenali Warna - Memperbaiki Mengenali Objek - Keupayaan Membuat Keputusan - Berdaya Mengenali Huruf Dalam Arena Dressage - Berdaya Menggunakan Nombor - Membangunkan Tahap Disiplin. 3. Sosial (Kemasyarakatan) - (Sama seperti di no.2). 4. Fizikal (Berkenaan Dengan Badan). - Memperbaiki Pengawalan Kepala - Memperbaiki Susunan Barisan Keadaan - Memperbaiki Jalan (Lenggokan/Gaya) dan Bentuk - Mempertingkatkan Kekuatan - Meningkatkan Kelenturan (Kepelbagaian Pergerakan) - Memperbaiki Koordinasi - Memperbaiki Keseimbangan - Mengurangkan Nada Tinggi (Lebih Istirehat) - Mengurangkan Kegunaan Tenaga Semasa Aktiviti Dijalankan - Menaikkan Nada Rendah (Ransangan).......Sejauh manakah hubungan emosi antara Kuda dengan kanak-kanak istimewa tersebut? Bagi kes Nur Ain....Caramel (Nama kuda tunggangan Nur Ain) cukup mengenali Nur Ain dan Caramel jarang sekali buat hal jika Nur Ain yang menunggangnya. Bila Nur Ain hendak menaiki atau turun darinya Caramel akan memandang kebelakang memastikan Nur Ain sudah naik atau turun dari badannya maka selepas itu baharulah Caramel memandang ke hadapan dan bergerak. Pernah suatu ketika kanak-kanak lain yang terlebih dahulu menunggangnya dan masa itu Caramel sudah nampak akan kehadiran Nur Ain maka Caramel akan buat ragam malah merajuk dengan Nur Ain. Begitu juga kalau Nur Ain sudah lama tidak datang membuat terapi berkuda maka Caramel akan menunjuk ragam atau merajuk dengan Nur Ain. Caramel juga turut mengenali ibu Nur Ain (saya). Jika saya terlupa menegur atau mengusap badannya (Caramel) maka Caramel pula yang akan mengeselkan badannya ke saya. Begitulah antara kecerdikan seekor kuda. Malah kerana keserasian antara Nur Ain dan Caramel maka seringkali Caramel dianggap sebagai kuda Nur Ain oleh pihak RDAM MAFEC dan Nur Ain memanaggilnya Memel....

23 April, 2014

Latihan Pertolongan Cemas Kadet Pertahanan Awam Pend.Khas

....Pagi ini Ain tidak ada kelas riding maka berkesempatanlah Ain menyertai kawan-kawan dalam aktiviti pasukan berunifom iaitu Kadet Pertahanan Awam pendidikan khas......Alhamdulillah...hari ini cikgu turut memberi peluang pada Ain dan kawan-kawan mendemokan proses menyelamat dan Ain sebagai orang yang perlu diselamatkan....Seronok ain kerana diangkat oleh kawan-kawan tapi...bimbang juga takut jatuh.......Jam 9 pagi aktiviti pasukan berunifom kami selesai dan kami beredar ke kantin sekolah untuk rehat.....

Take One Take Two And Cut

Selasa 22 April 2014....Untuk kesekian kalinya Ain berhadapan dengan kamera TV. Kali ini untuk program Primadona....buat memperkenalkan rawatan alternatif iaitu Hidroterapi ais dan Urutan CVT/Homespa Ice Therapy. Kali ini Prof. Emeritus Dato' Seri Dr.Norhisham Wahab turut terlibat........Seawal jam 8.45 pagi Ain dan emak bertolak dari rumah di Seri Kembangan ke Home Spa Ais Therapy di Seksyen 11 Shah Alam yang mengambil masa satu jam perjalanan. Tiba di Home Spa...kakitangan Home Spa sedang sibuk membuat segala persiapan untuk pergambaran....Sementara itu Ain duduk-duduk santai sambil bersarapan pagi......Pergambaran dimulai dengan temubual dengan Prof. kemudian disusuli dengan pergambaran Ain mandi kolam air bergaram dan mandian Ais. Akhir sekali sedikit pergambaran urutan....Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dan seperti biasa Ain pastinya memberi kerjasama buat krew Pergambaran.......Pergambaran selesai sepenuhnya hampir jam 2 petang. Hasil pergambaran ini dijangkakan boleh di tonton dalam bulan Jun atau Julai nanti.....InsyaAllah....

18 April, 2014

Tanpa Keberanian Mimpi Takkan Jadi Nyata

video Percayakah!!! Bahawa satu hari nanti Ain akan mampu duduk di bibir kolam renang sambil menjuntaikan kaki ke dalam kolam ini tanpa bantuan sesiapa lagi...INSYAALLAH...kerana, sesungguhnya...tanpa Keberanian mimpi takkan jadi nyata....

10 April, 2014

Riding Class and Hidrotherapy

video Rabu 9 April 2014...Alhamdulillah, kelas terapi berkuda Ain berjalan dengan lancarnya....Hari ini sekali lagi Ain buat aktiviti walk and trot. Penat tapi best.......Terima kasih kepada jurulatih dan pembantu-pembantu.... Sesungguhnya, bantuan anda semua tiada ternilai harganya. Pada mereka yang membantu redhokanlah Ain..setiap budi yang diberi kubawa ke mati...Semoga Allah SWT merahmati anda semua, ameen....Selepas kelas kami duduk-duduk santai sambil bersarapan pagi...... videoSebelah petangnya pula..Ain merelexkan otot-otot di Home Spa Ice Therapy di seksyen 11 Shah Alam. Hari ini kami (Ain dan mak) berenang santai berdua saja kerana tiada pesakit lain yang datang membuat rawatan hari ini disebabkan mereka membatalkan temujanji rawatan mereka atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka petang ni satu kolam Ain kongker habis.... video..Sekarang Ain dah kuat panjat tangga kolam renang tanpa bantuan lagi..Alhamdulillah.... video