29 Mei, 2014

Gambar eksklusif Semasa Rakaman SIS TV9

..Lenser kamera yang sudah terbiasa dengan kehidupan Ain seawal usia 8 tahun. Hari ini Rabu 28 Mei Ain dan Adam menemani Syafiq (berkerusi roda) untuk shooting program SIS TV9 berkaitan rawatan di Family Home Spa Ice Therapy...Bezanya Syafiq ditemani Ain dan Adam manakala sebelum ni Ain shooting untuk program PRIMADONA secara bersendirian tanpa ditemani pesakit-pesakit lain......Alhamdulillah...rakaman berjalan dengan lancar. Selepas rakaman Ain meneruskan rawatan seperti biasa...

25 Mei, 2014

Majlis Hari Lahir

Jumaat 23 Mei, berlangsungnya majlis hari lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mei dengan tema "CELEBRATE WITH US 2014"....Sebelum majlis berlangsung murid-murid, guru-guru dan ppm-ppm saling bantu membantu gotong royong membuat persiapan untuk majlis...ada yang menyiapkan ruang pentas......Ada yang  menyiapkan meja jamuan VIP. Manakala Ain dan kawan pula sempat bergambar dengan belon...  ....Selain itu ada pula yang menyiapkan meja juadah untuk murid-murid dan cikgu serta PPM..pelbagai juadah ada ....nasi goreng,  ayam goreng, cupcake, pulut kuning, snak dan banyak lagi... ....Cikgu Zaharuddin (GPK PPKI), cikgu Adamie dan cikgu Rizal pula menyiapkan sistem bunyi bagi memeriahkan dan menceriakan lagi  majlis kami....tengok tu! walaupun penat tapi masih boleh bagi possing happy lagi......dan tidak ketinggalan ada yang menyediakan meja hadiah dan meja potong kek...ada 7 biji kek kesemuanya...puaslah semuanya makan kek yang ada pelbagai rasa........Tepat jam 9 pagi..Pengerusi majlis iaitu ustaz Abu Bakar yang mempunyai keyunikan suara ala-ala DJ pun memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan diikuti pula bacaan doa oleh pelajar bernama Fidaus...seterusnya ucapan dari GPK PPKI dan ucapan Pengetua......Kemudian kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh guru-guru, ibubapa dan sponser.......Acara kemuncak ialah acara memotong kek Hari Lahir diiringi lagu ucapan hari lahir yang dinyanyikan bersama tetamu VIP......Sebelum tetamu VIP beredar meninggalkan majlis. Pengetua menerima cenderahati dengan disusuli bergambar beramai-ramai......Selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan rakan-rakan Ain. Dalam pada itu Ain dan kawan-kawan sempat juga berpossing dengan gaya masing-masing.......Acara diteruskan pula dengan permainan menjaring bola dalam jaring bolajaring dan permainan merebut kerusi....Sakit perut menyaksikan kawan-kawan dan guru-guru berebut kerusi...macam-macam ragam ada...semuanya spoting......Kemudian kami mengakhiri majlis dengan persembahan kawan-kawan Ain dan persembahan istimewa dari guru-guru.......Di bawah ini  ada video klip persembahan istimewa dari Guru-guru dan video permainan...
.....Video permainan berebut kerusi.............