04 Mei, 2014

Aktiviti RDA bersama RDA MAFEC

... Ini merupakan 2 klip video di mana kawan-kawan Ain sedang membuat aktiviti semasa riding..semuanya mengikut arahan jurulatih kami (abang Faizal)....Ain juga tidak terlepas dari membuat pergerakan seperti ini mengikut kemampuan masing-masing...cumanya Ain mestilah nak aktiviti trot...aktiviti yang sangat Ain suka heeeee....
Jumaat 2 Mei..jam 9 pagi Ain sudah berada di MAFEC untuk terapi berkuda RDA bersama Janna dan pelajar-pelajar Sekolah Jalan Batu (L)...   ...Semasa kami leka dengan aktiviti..ada 3 buah helikopter berlegar-legar di angkasa namun ianya tidak mengganggu gugat dua ekor kuda yang kami gunakan hari ini iaitu Julie dan Playboy...Hari ini Ain menunggang Julie. Bermula dari menapak anak tangga untuk menaiki kuda Ain dibantu mak, cikgu Baien dan Jurulatih (Abang Faizal) serta seorang leader...    ...Dengan penuh keterujaan hendak riding/trot...tidak pernah ada rasa takut di hati Ain malah semangat Ain tetap berkobar-kobar walaupun keupayaan masih terhad namun dengan bantuan semua...tiada yang mustahil...  ...Harini..penatlah mak, cikgu Baien dan abang RDA MAFEC (Leader)..berlari-lari anak kerana hari ini Ain trot lebih lama dari biasa............Hahaha...Ain berangan menunggang kuda macamni, namun...kalau Allah kata 'Kun Fayakun..' maka tiada yang mustahil kannnnnn.....