Pagi Rabu 30 April...sepatutnya Ain ada kelas terapi berkuda (Riding RDA) tetapi tidak jadi walaupun Ain sudah memasuki kem sebabnya...lepas saja mak ambil pas masuk dari pos di pintu masuk kem...enjin kereta mak tak mahu hidup sebab bateri kereta lemah walaupun belum sampai setahun hayatnya...Selepas mendapat bantuan dari mama Janna dan abang-abang MAFEC, kereta pun boleh berjalan tetapi mak ambil keputusan terus balik saja dan terus ke pusat servis Produa.....Kecewanya tidak dapat menunggang kuda hari ni..huuuuu..... ....Namun kekecewaan itu terubat bilamana sebelah petangnya mak bawa ain pergi buat rawatan seperti biasa di Home Spa....Harini kolam renang milik Ain sorang......Dalam jam 4 setengah baru ada seorang kakak (pesakit) datang buat rawatan dan berendam kolam dengan Ain.... Akibat plan pencatuan air di Selangor sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran rawatan HDA (Hidroterapy ais)........Hari ini habis satu kolam Ain renangi....Penat berenang Ain duduk merehatkan diri di tepi kolam sambil main-main air.......heeee...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...