31 Ogos, 2014

Video Khas - Idea Kreatif Vs Youtube

RDA Movie vs Ain ...........Kenangan Terindah Ain Ramadhania ....

23 Ogos, 2014

Jamuan Raya Vs Merdeka 2014

Syukur Alhamdulillah....tahun ini sekali lagi Allah SWT izinkan kami merayakan Aidil Fitri di sekolah. 23 Ogos 2014 seawal pagi kami semua berkumpul di dataran untuk membuat persiapan terakhir bagi menjayakan jamuan raya anjuran pihak sekolah.......Seperti biasa Ain dan kawan-kawannya serta beberapa orang ibu bapa akan berpossing dengan keletah masing-masing. terpancar keriangan di wajah murid-murid istimewa ini.......Sudah tentulah yang paling ketara keletahnya ialah Aizad dan Afif yang saban tahun mesti hendak membuat persembahan nyanyian...tahun ini kami PPKI berkongsi pentas dengan murid perdana.......Disusuli kunjungan raya tetamu-tetamu VIP.......Di bawah ini saya titipkan klip video kemeriahan sambutan raya kami......
.... Ini pula klip video persembahan istimewa dari bakat guru kami.....Amacam, ada macam suara Jamal Abdilah tak? Apa yang penting, semua guru-guru kami sporting.....
.....InsyaAllah, jika dipanjangkan umur..tahun 2015 mungkin jamuan raya kami akan lebih hebat lagi dan dapat menjalinkan silatulrahim yg lebih baik antara aliran perdana dengan aliran perndidikan khas....

18 Ogos, 2014

Sana Sini Jemputan Jamuan Raya

Sana sini jemputan raya....Pada 1 Ogos 2014, Ain bersama mak Ain mengikut ayah ke majlis rumah terbuka rakan lama ayah masa belajar di Korea dulu. Jamuan bertempat di Bangi..........Jenuh Ain menunggu....siap ada slideshow gambar-gambar lama ayah bersama kawan-kawannya. Riuh rendah suasana setiap kali gambar-gambar ditayangkan yang disusuli komen masing-masing...Sebelum bersurai kami bergambar kenangan... _________________________________________________________________________________________________________________________________ Tanggal 19 Ogos 2014, Ain bersama mak menghadirkan diri ke sambutan raya Kementerian Wilayah di ruang lobi kementerian berkenaan. Meriah sungguh dengan segala jenis juadah... _________________________________________________________________________________________________________________________________ Isnin 25 Ogos 2014, ain dan mak mengunjungi jamuan raya anjuran RDA POLO Club Ampang...Sungguhpun Ain sudah tidak membuat latihan riding di situ lagi..namun Ain tidak pernah dilupakan setiap kali ada majlis di sana maka pastinya Ain akan diundang. Terima kasih Ain ucapkan terutama kepada uncle Muthu.......Di bawah ni video pendek Ain sedang bersarapan pagi. Kerana lapar, Ain dah tak hiraukan sesiapapun. Emmmm...sedapnyaaa....hahaha...

10 Ogos, 2014

Memetik Rambutan di Pesta Rambutan UPM Serdang

...Khamis 7 Ogos, Ain menyertai lawatan PPKI ke pesta rambutan Taman Pertanian Universiti di UPM Serdang. Selepas rehat jam 9 pagi kami bertolak ke sana dengan menaiki bas yang mengambil masa kurang dari setengah jam......Sesampainya di lokasi kami menaiki pula kenderaan khas yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Tengoklah gelagat cikgu Adami dan kawan Ain tu...gembira sesangat dapat naik traktor penumpang, lepas ni giliran Ain pulalah...Di kebun rambutan kami bejalan dari satu pokok ke satu pokok untuk memetik rambutan. Pihak penganjur menebang dahan-dahan pokok rambutan untuk memberi kemudahan pada kami memetik rambutan. Tiap kali dahan pokok tumbang, berebutlah semua memetik rambutan yang cantik ranum lagi menyelerakan...lucu melihat gelagat mereka semua berebut-rebut tu termasuk mak Ain yang sentiasa turut serta setiap kali ada aktiviti sekolah yang Ain sertai...Ain teringin nak turut serta berebut tapi apakan daya, maka Ain jadi pemerhati sahajalah......Banyak buah rambutan yang mak, cikgu-cikgu, PPM dan kawan-kawan Ain petik. Sambil memetik kami makan rambutan tu...seeedapppp....Sementara menunggu yang lain-lain selesai memetik rambutan kami berehat melepaskan lelah masing-masing......Rambutan yang dipetik ni akan ditimbang dan harganya cuma RM 1 sekilo. Ain dapat bawa balik 5 kilo rambutan......Selesailah aktiviti lawatan hari ini...petik rambutan sambil makan percuma rambutan...

03 Ogos, 2014

Eksklusif Video Di Rakaman Galeri AidilFitri Bisnes Awani

Sketsa Raya  graoup pertama Hana Ismail vs Ain. Diikuti sketsa ke 2.......      Sketsa ke 3 dan sketsa ke 4. Kesemua yang terlibat dalam rakaman ini telah memberi kerjasama masing-masing...semuanya sporting termasuk anak-anak istimewa  MyCP.... ........nyanyian lagu raya.... ...Main bunga api sambil dengar Asmida nyanyi lagu 'Terukir di bintang'.....